Skip to content
P.U. (A)In force

Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Penajaan Biasiswa Kepada Pelajar Malaysia yang Mengikuti Pengajian dalam Bidang Kejuruteraan dan Teknologi di Peringkat Sijil Teknik dan Vokasional, Diploma atau Ijazah Sarjana Muda) 2021

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
2021
Sections
4

Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Penajaan Biasiswa Kepada Pelajar Malaysia yang Mengikuti Pengajian dalam Bidang Kejuruteraan... is Malaysia P.U. (A), cited as P.U. (A) 468 2021, currently marked in force and first recorded in 2021.

Front matterCover and publication detailsOpen

P.U. (A) 468

WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN

FEDERAL GOVERNMENT

GAZETTE

KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN

(POTONGAN BAGI PENAJAAN BIASISWA KEPADA

PELAJAR MALAYSIA YANG MENGIKUTI PENGAJIAN

DALAM BIDANG KEJURUTERAAN DAN TEKNOLOGI

DI PERINGKAT SIJIL TEKNIK DAN VOKASIONAL,

DIPLOMA ATAU IJAZAH SARJANA MUDA) 2021

INCOME TAX (DEDUCTION FOR THE SPONSORSHIP OF

SCHOLARSHIP TO MALAYSIAN STUDENTS PURSUING

STUDIES IN THE FIELD OF ENGINEERING AND

TECHNOLOGY AT THE TECHNICAL AND VOCATIONAL

CERTIFICATE, DIPLOMA OR BACHELOR’S DEGREE

LEVELS) RULES 2021

DISIARKAN OLEH/

JABATAN PEGUAM NEGARA/

ATTORNEY GENERAL’S CHAMBERS

P.U. (A) 468 2

AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967

KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI PENAJAAN BIASISWA

KEPADA PELAJAR MALAYSIA YANG MENGIKUTI PENGAJIAN DALAM BIDANG

KEJURUTERAAN ATAU TEKNOLOGI DI PERINGKAT SIJIL TEKNIK DAN VOKASIONAL,

DIPLOMA ATAU IJAZAH SARJANA MUDA) 2021

Opening note

Preamble

  1. PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh perenggan 154(1)(b) dibaca bersama perenggan 33(1)(d) Akta Cukai Pendapatan 1967 [Akta 53], Menteri membuat kaedah-kaedah yang berikut: Nama dan permulaan kuat kuasa

(1)

Kaedah-kaedah ini bolehlah dinamakan Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan

(Potongan Bagi Penajaan Biasiswa kepada Pelajar Malaysia Yang Mengikuti

Pengajian Dalam Bidang Kejuruteraan atau Teknologi di Peringkat Sijil Teknik dan

Vokasional, Diploma atau Ijazah Sarjana Muda) 2021.

(2)

Kaedah-Kaedah ini disifatkan berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2019.

Pemakaian

Kaedah-Kaedah ini hendaklah terpakai bagi suatu syarikat—

(a)

yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777] dan bermastautin di Malaysia;

(b)

yang menaja biasiswa kepada pelajar yang mengikuti pengajian sepenuh masa dalam bidang kejuruteraan atau teknologi—

(i)

peringkat sijil teknik dan vokasional di suatu institusi; atau

(ii)

peringkat diploma atau ijazah sarjana muda di suatu institusi pendidikan tinggi; dan

(c)

yang menyempurnakan perjanjian biasiswa dengan seorang pelajar pada atau selepas 1 Januari 2019 tetapi tidak lewat dari 31 Disember 2021.

P.U. (A) 468 3

Tafsiran

Dalam Kaedah-Kaedah ini—

“institusi” ertinya mana-mana institusi yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia atau Jabatan Pembangunan Kemahiran;

“institusi pendidikan tinggi” ertinya mana-mana institusi yang ditubuhkan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 [Akta 30], Akta Universiti Teknologi

MARA 1976 [Akta 173] atau Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 [Akta 555];

“pelajar” ertinya seorang individu—

(a)

yang merupakan warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia;

(b)

yang mengikuti pengajian sepenuh masa dalam bidang kejuruteraan dan teknologi—

(i)

peringkat sijil teknik dan vokasional di suatu institusi; atau

(ii)

peringkat diploma atau ijazah sarjana muda di suatu institusi pendidikan tinggi;

(c)

yang tidak mempunyai apa-apa sumber pendapatan sendiri; dan

(d)

yang ibu bapa atau penjaganya mempunyai jumlah pendapatan bulanan tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.

Potongan

(1)

Bagi maksud menentukan pendapatan larasan bagi suatu syarikat daripada perniagaannya dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran, suatu potongan hendaklah dibenarkan bagi suatu amaun perbelanjaan yang dilakukan dan dibayar oleh syarikat itu dalam tempoh asas itu bagi menaja biasiswa kepada seorang pelajar mengikut tempoh perjanjian biasiswa berkenaan.

P.U. (A) 468 4

(2)

Jumlah amaun potongan yang dibenarkan di bawah subkaedah (1)

hendaklah bersamaan dua kali amaun perbelanjaan yang dibenarkan di bawah kaedah ini.

(3)

Perbelanjaan yang disebut dalam subkaedah (1) adalah perbelanjaan yang dilakukan berkenaan dengan penajaan biasiswa yang terdiri daripada—

(a)

bayaran yang dikehendaki oleh institusi atau institusi pendidikan tinggi yang berkenaan yang berhubungan dengan kursus pengajian;

dan

(b)

perbelanjaan bantuan pengajian dan kos sara hidup yang munasabah sepanjang tempoh pengajian pelajar itu di institusi atau institusi pendidikan tinggi yang berkenaan.

(4)

Apa-apa jumlah yang dibayar balik oleh pelajar itu kepada syarikat itu hendaklah semasa diterima dikira sebagai pendapatan kasar daripada perniagaan syarikat yang berpunca dari Malaysia dalam tempoh asas bagi tahun taksiran itu.

Dibuat 21 Disember 2021

[MOF.TAX(S)700-2/1/196; LHDN.AY.A.600-12/1/7(29)-14; PN(PU2)80/Jld. 104]

TENGKU DATUK SERI UTAMA ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ

Menteri Kewangan

[Akan dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat menurut subseksyen 154(2)

Akta Cukai Pendapatan 1967]

P.U. (A) 468 5

INCOME TAX ACT 1967

INCOME TAX (DEDUCTION FOR THE SPONSORSHIP OF SCHOLARSHIP TO

MALAYSIAN STUDENT PURSUING STUDIES IN THE FIELD OF ENGINEERING AND

TECHNOLOGY AT THE TECHNICAL AND VOCATIONAL CERTIFICATE, DIPLOMA OR

BACHELOR’S DEGREE LEVELS) RULES 2021

Opening note

Preamble

  1. IN exercise of the powers conferred by paragraph 154(1)(b) read together with paragraph 33(1)(d) of the Income Tax Act 1967 [Act 53], the Minister makes the following rules: Citation and commencement 1.

(1)

These rules may be cited as the Income Tax (Deduction for the

Sponsorship of Scholarship to Malaysian Student Pursuing Studies In The Field of

Engineering and Technology at the Technical and Vocational Certificate, Diploma or Bachelor’s Degree Levels) Rules 2021.

(2)

These Rules are deemed to have effect from the year of assessment 2019.

Application 2.

These Rules shall apply to a company—

(a)

which is incorporated under the Companies Act 2016 [Act 777] and resident in Malaysia;

(b)

which sponsors scholarship to student pursuing full-time course of study in the field of engineering and technology—

(i)

at technical and vocational certificate levels in an institution; or

(ii)

at diploma or bachelor’s degree level in a higher educational institution; and

(c)

which executes scholarship agreement with a student on or after 1 January 2019 but not later than 31 December 2021.

P.U. (A) 468 6

Interpretation 3.

In these Rules—

“institution” means any institution recognized by the Malaysian Qualifications Agency or the Skills Development Department;

“higher educational institution” means any institution established under the

Universities and University Colleges Act 1971 [Act 30], Universiti Teknologi MARA

Act 1976 [Act 173] or the Private Higher Educational Institutions Act 1996 [Act 555];

“student” means an individual—

(a)

who is a Malaysian citizen and resident in Malaysia;

(b)

who receives full-time course of study in the field of engineering and technology—

(i)

at technical and vocational certificate levels in an institution; or

(ii)

at diploma or bachelor’s degree level in a higher educational institution;

(d)

whose parents or guardians, have total monthly income not exceeding ten thousand ringgit.

Deduction 4.

(1)

For the purpose of ascertaining the adjusted income of a company from its business in a basis period for a year of assessment, a deduction shall be allowed for an amount of expenses incurred and paid by that company in that basis period for sponsoring scholarship to a student in accordance with the period of the relevant sponsorship agreement.

P.U. (A) 468 7

(2)

The total amount of deduction allowed under subrule (1) shall be equivalent to twice the amount of expenses allowed under this rule.

(3)

The expenses referred to in subrule (1) are the expenses incurred in respect of sponsorship of scholarship which consist of—

(a)

payment required by the relevant institution or higher educational institution relating to the course of study; and

(b)

educational aid and reasonable cost of living expenses throughout the student’s period of study at the relevant institution or higher educational institution.

(4)

Any amount refunded by the student to the company shall when received be treated as gross income of that company from the business derived from Malaysia in the basis period for that year of assessment.

Made 21 December 2021

[MOF.TAX(S)700-2/1/196; LHDN.AY.A.600-12/1/7(29)-14; PN(PU2)80/Jld. 104]

TENGKU DATUK SERI UTAMA ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ

Minister of Finance

[To be laid before the Dewan Rakyat pursuant to subsection 154(2) of the

Income Tax Act 1967]

Common questions

What is Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Penajaan Biasiswa Kepada Pelajar Malaysia yang Mengikuti Pengajian dalam Bidang Kejuruteraan dan Teknologi di Peringkat Sijil Teknik dan Vokasional, Diploma atau Ijazah Sarjana Muda) 2021?
Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Penajaan Biasiswa Kepada Pelajar Malaysia yang Mengikuti Pengajian dalam Bidang Kejuruteraan... is Malaysia P.U. (A), cited as P.U. (A) 468 2021, currently marked in force and first recorded in 2021.
Is Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Penajaan Biasiswa Kepada Pelajar Malaysia yang Mengikuti Pengajian dalam Bidang Kejuruteraan dan Teknologi di Peringkat Sijil Teknik dan Vokasional, Diploma atau Ijazah Sarjana Muda) 2021 still in force?
Yes — Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Penajaan Biasiswa Kepada Pelajar Malaysia yang Mengikuti Pengajian dalam Bidang Kejuruteraan dan Teknologi di Peringkat Sijil Teknik dan Vokasional, Diploma atau Ijazah Sarjana Muda) 2021 is currently in force.
When did Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Penajaan Biasiswa Kepada Pelajar Malaysia yang Mengikuti Pengajian dalam Bidang Kejuruteraan dan Teknologi di Peringkat Sijil Teknik dan Vokasional, Diploma atau Ijazah Sarjana Muda) 2021 take effect?
Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Penajaan Biasiswa Kepada Pelajar Malaysia yang Mengikuti Pengajian dalam Bidang Kejuruteraan dan Teknologi di Peringkat Sijil Teknik dan Vokasional, Diploma atau Ijazah Sarjana Muda) 2021 was first recorded in 2021.
How many sections does Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Penajaan Biasiswa Kepada Pelajar Malaysia yang Mengikuti Pengajian dalam Bidang Kejuruteraan dan Teknologi di Peringkat Sijil Teknik dan Vokasional, Diploma atau Ijazah Sarjana Muda) 2021 have?
Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Penajaan Biasiswa Kepada Pelajar Malaysia yang Mengikuti Pengajian dalam Bidang Kejuruteraan dan Teknologi di Peringkat Sijil Teknik dan Vokasional, Diploma atau Ijazah Sarjana Muda) 2021 contains 4 sections.
Where can I read the official version of Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Penajaan Biasiswa Kepada Pelajar Malaysia yang Mengikuti Pengajian dalam Bidang Kejuruteraan dan Teknologi di Peringkat Sijil Teknik dan Vokasional, Diploma atau Ijazah Sarjana Muda) 2021?
The official text of Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Penajaan Biasiswa Kepada Pelajar Malaysia yang Mengikuti Pengajian dalam Bidang Kejuruteraan dan Teknologi di Peringkat Sijil Teknik dan Vokasional, Diploma atau Ijazah Sarjana Muda) 2021 is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.