Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Dalam Kaedah-Kaedah ini—
“institusi” ertinya mana-mana institusi yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia atau Jabatan Pembangunan Kemahiran;
“institusi pendidikan tinggi” ertinya mana-mana institusi yang ditubuhkan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 [Akta 30], Akta Universiti Teknologi
MARA 1976 [Akta 173] atau Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 [Akta 555];
“pelajar” ertinya seorang individu—
(a)
yang merupakan warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia;
(b)
yang mengikuti pengajian sepenuh masa dalam bidang kejuruteraan dan teknologi—
(i)
peringkat sijil teknik dan vokasional di suatu institusi; atau
(ii)
peringkat diploma atau ijazah sarjana muda di suatu institusi pendidikan tinggi;
(c)
yang tidak mempunyai apa-apa sumber pendapatan sendiri; dan
(d)
yang ibu bapa atau penjaganya mempunyai jumlah pendapatan bulanan tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.
Potongan