Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
(1)
Bagi maksud menentukan pendapatan larasan bagi suatu syarikat daripada perniagaannya dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran, suatu potongan hendaklah dibenarkan bagi suatu amaun perbelanjaan yang dilakukan dan dibayar oleh syarikat itu dalam tempoh asas itu bagi menaja biasiswa kepada seorang pelajar mengikut tempoh perjanjian biasiswa berkenaan.
P.U. (A) 468 4
(2)
Jumlah amaun potongan yang dibenarkan di bawah subkaedah (1)
hendaklah bersamaan dua kali amaun perbelanjaan yang dibenarkan di bawah kaedah ini.
(3)
Perbelanjaan yang disebut dalam subkaedah (1) adalah perbelanjaan yang dilakukan berkenaan dengan penajaan biasiswa yang terdiri daripada—
(a)
bayaran yang dikehendaki oleh institusi atau institusi pendidikan tinggi yang berkenaan yang berhubungan dengan kursus pengajian;
dan
(b)
perbelanjaan bantuan pengajian dan kos sara hidup yang munasabah sepanjang tempoh pengajian pelajar itu di institusi atau institusi pendidikan tinggi yang berkenaan.
(4)
Apa-apa jumlah yang dibayar balik oleh pelajar itu kepada syarikat itu hendaklah semasa diterima dikira sebagai pendapatan kasar daripada perniagaan syarikat yang berpunca dari Malaysia dalam tempoh asas bagi tahun taksiran itu.
Dibuat 21 Disember 2021
[MOF.TAX(S)700-2/1/196; LHDN.AY.A.600-12/1/7(29)-14; PN(PU2)80/Jld. 104]
TENGKU DATUK SERI UTAMA ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ
Menteri Kewangan
[Akan dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat menurut subseksyen 154(2)
Akta Cukai Pendapatan 1967]
P.U. (A) 468 5
INCOME TAX ACT 1967
INCOME TAX (DEDUCTION FOR THE SPONSORSHIP OF SCHOLARSHIP TO
MALAYSIAN STUDENT PURSUING STUDIES IN THE FIELD OF ENGINEERING AND
TECHNOLOGY AT THE TECHNICAL AND VOCATIONAL CERTIFICATE, DIPLOMA OR
BACHELOR’S DEGREE LEVELS) RULES 2021