Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
(1)
Bagi maksud menentukan pendapatan larasan bagi suatu syarikat daripada perniagaannya dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran, suatu potongan hendaklah dibenarkan bagi suatu amaun perbelanjaan yang dilakukan dan dibayar oleh syarikat itu dalam tempoh asas itu bagi menaja biasiswa kepada seorang pelajar mengikut tempoh perjanjian biasiswa berkenaan.
(2)
Jumlah amaun potongan yang dibenarkan di bawah subkaedah (1)
hendaklah bersamaan dua kali amaun perbelanjaan yang dibenarkan di bawah kaedah ini.
(3)
Perbelanjaan yang disebut dalam subkaedah (1) adalah perbelanjaan yang dilakukan berkenaan dengan penajaan biasiswa yang terdiri daripada—
(a)
bayaran yang dikehendaki oleh institusi yang berhubungan dengan kursus pengajian; dan
(b)
perbelanjaan bantuan pengajian dan kos sara hidup yang munasabah sepanjang tempoh pengajian pelajar itu di institusi yang berkenaan.
P.U. (A) 503 4
(4)
Jika jumlah amaun apa-apa perbelanjaan yang boleh dibenarkan sebagai potongan di bawah kaedah ini melebihi amaun yang pada pendapat
Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri boleh dijangkakan dengan munasabahnya dilakukan dalam perjalanan biasa perniagaan itu, Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri boleh, setakat yang berlebihan itu, tidak membenarkan amaun itu sebagai potongan di bawah
Kaedah-Kaedah ini.
(5)
Apa-apa jumlah yang dibayar balik oleh pelajar itu kepada syarikat itu hendaklah, semasa diterima, dikira sebagai pendapatan kasar daripada perniagaan syarikat itu yang berpunca dari Malaysia dalam tempoh asas bagi tahun taksiran itu.
Dibuat 30 Disember 2021
[MOF.TAX(S)700-2/1/196; LHDN.01/35/(S)/42/51/231-7.13; PN(PU2)80/JLD. 104]
TENGKU DATUK SERI UTAMA ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ
Menteri Kewangan
[Akan dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat menurut subseksyen 154(2)
Akta Cukai Pendapatan 1967]
P.U. (A) 503 5
INCOME TAX ACT 1967
INCOME TAX (DEDUCTION FOR THE SPONSORSHIP OF SCHOLARSHIP
TO MALAYSIAN STUDENT PURSUING STUDIES AT THE TECHNICAL AND VOCATIONAL
CERTIFICATE LEVELS) RULES 2021