Skip to content

Seksyen 3

Dalam Kaedah-Kaedah ini—

of Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Penajaan Biasiswa Kepada Pelajar Malaysia yang Mengikuti Pengajian di Peringkat Sijil Teknik dan Vokasional, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana atau Doktor Falsafah) 2022

P.U. (A)In forceProvision 3 of 4
Seksyen 3

“institusi” ertinya mana-mana institusi yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan

Malaysia atau Jabatan Pembangunan Kemahiran;

“institusi pendidikan tinggi” ertinya mana-mana institusi yang ditubuhkan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 [Akta 30], Akta Universiti Teknologi

MARA 1976 [Akta 173] atau Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 [Akta 555];

“pelajar” ertinya seorang individu—

(a)

yang merupakan warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia;

(b)

yang mengikuti kursus pengajian sepenuh masa—

(i)

di peringkat sijil teknik dan vokasional di suatu institusi; atau

(ii)

di peringkat diploma, ijazah sarjana muda, ijazah sarjana atau doktor falsafah di institusi pendidikan tinggi;

(c)

yang tidak mempunyai apa-apa sumber pendapatan sendiri; dan

(d)

yang ibu bapa atau penjaganya mempunyai jumlah pendapatan bulanan tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.

P.U. (A) 49 4