Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
(1)
Bagi maksud menentukan pendapatan larasan bagi suatu syarikat daripada perniagaannya dalam suatu tempoh asas bagi suatu tahun taksiran, suatu potongan hendaklah dibenarkan bagi suatu amaun perbelanjaan yang dilakukan dan dibayar oleh syarikat itu dalam tempoh asas itu bagi menaja biasiswa kepada seorang pelajar mengikut tempoh perjanjian biasiswa berkenaan.
(2)
Jumlah amaun potongan yang dibenarkan di bawah subkaedah (1)
hendaklah bersamaan dua kali amaun perbelanjaan yang dibenarkan di bawah kaedah ini.
(3)
Perbelanjaan yang disebut dalam subkaedah (1) adalah perbelanjaan yang dilakukan berkenaan dengan penajaan biasiswa yang terdiri daripada—
(a)
bayaran yang dikehendaki oleh institusi atau institusi pendidikan tinggi yang berkenaan yang berhubungan dengan kursus pengajian; dan
(b)
perbelanjaan bantuan pengajian dan kos sara hidup yang munasabah sepanjang tempoh pengajian pelajar itu di institusi atau institusi pendidikan tinggi yang berkenaan.
(4)
Jika jumlah amaun apa-apa perbelanjaan yang boleh dibenarkan sebagai potongan di bawah kaedah ini melebihi amaun yang pada pendapat Ketua Pengarah
Hasil Dalam Negeri boleh dijangkakan dengan munasabahnya dilakukan dalam pejalanan biasa perniagaan itu, Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri boleh, setakat lebihan itu, tidak membenarkan amaun itu sebagai potongan di bawah kaedah ini.
(5)
Apa-apa amaun yang dibayar balik oleh pelajar itu kepada syarikat itu hendaklah semasa diterima, dilayan sebagai pendapatan kasar daripada perniagaan yang berpunca dari Malaysia dalam tempoh asas bagi tahun taksiran itu.
P.U. (A) 49 5
Dibuat 16 Februari 2022
[MOF.TAX(S)700-2/1/196; LHDN.AY.A.600-12/1/7(29)-157; PN(PU2)80/JLD.104]
TENGKU DATUK SERI UTAMA ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ
Menteri Kewangan
[Akan dibentangkan di
Dewan
Rakyat menurut subseksyen 154(2)
Akta Cukai Pendapatan 1967]
P.U. (A) 49 6
INCOME TAX ACT 1967
INCOME TAX (DEDUCTION FOR THE SPONSORSHIP OF SCHOLARSHIP TO
MALAYSIAN STUDENT PURSUING STUDIES AT TECHNICAL AND VOCATIONAL
CERTIFICATE, DIPLOMA, BACHELOR’S DEGREE, MASTER’S DEGREE OR
DOCTOR OF PHILOSOPHY LEVELS) RULES 2022