Malaysia legislation
Section 2
of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI PENGAMBILAN KERJA INDIVIDU YANG DILULUSKAN) 2026
Seksyen 2
(1)
Bagi maksud menentukan pendapatan larasan seseorang majikan yang layak dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran, suatu potongan hendaklah dibenarkan bagi suatu amaun yang bersamaan dengan lima puluh peratus daripada saraan jenis yang dibenarkan di bawah seksyen 33 Akta yang kena dibayar olehnya kepada orang yang diluluskan.
(2)
Majikan yang layak hendaklah mematuhi syarat yang dikenakan oleh
Menteri dan pematuhan syarat itu hendaklah ditentusahkan oleh
Talent Corporation Malaysia Berhad.
(3)
Potongan yang disebut dalam subkaedah (1) hendaklah bagi suatu tempoh tidak melebihi dua belas bulan berturut-turut.
(4)
Amaun potongan yang dibenarkan di bawah subkaedah
(1)
hendaklah sebagai tambahan kepada apa-apa potongan di bawah seksyen 33 Akta.
P.U. (A) 229 3
(5)
Bagi maksud kaedah ini—
“individu yang diluluskan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam
Perintah
Cukai
Pendapatan
(Pendapatan
Individu yang
Diluluskan)
(Wanita
Kembali
Bekerja
Selepas
Berhenti
Bekerja
Secara
Sementara)
(Pengecualian) 2026 [P.U. (A) 215/2026];
“majikan yang layak” ertinya mana-mana orang yang mengambil kerja individu yang diluluskan tidak termasuk—
(a)
suatu syarikat yang dikawal sama ada secara langsung atau secara tidak langsung oleh individu yang diluluskan itu;
(b)
suatu ketuanpunyaan tunggal; atau
(c)
saudara individu yang diluluskan itu yang merupakan ibu atau bapa termasuklah ibu atau bapa mertua, anak termasuklah anak tiri atau anak angkat mengikut mana-mana undang-undang, abang, kakak atau adik, datuk, nenek atau cucu atau pasangan;
“Talent Corporation Malaysia Berhad” ertinya suatu syarikat berhad menurut jaminan yang diperbadankan di bawah
Akta
Syarikat 2016
[Akta 777]
dengan nombor pendaftarannya 919577-H dan bermastautin di Malaysia.
Dibuat 10 Jun 2026
[MOF.TAX(S)700-2/7/2212; LHDN.AY.A 600-12/1/7(29)-399; PN(PU2)80/JLD.116]
DATUK SERI AMIR HAMZAH AZIZAN
Menteri Kewangan II
[Akan dibentangkan di
Dewan
Rakyat menurut subseksyen 154(2)
Akta Cukai Pendapatan 1967]
P.U. (A) 229 4
INCOME TAX ACT 1967
INCOME TAX (DEDUCTION FOR EMPLOYMENT OF APPROVED INDIVIDUAL)
RULES 2026