Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Potongan
(1)
Bagi maksud menentukan pendapatan larasan seseorang majikan bagi tempoh asas bagi suatu tahun taksiran, hendaklah dibenarkan sebagai suatu potongan saraan daripada jenis yang dibenarkan di bawah seksyen 33 Akta yang kena dibayar olehnya kepada pekerjanya, yang merupakan seorang warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia, daripada kalangan yang berikut:
(a)
warga emas yang hendaklah berumur enam puluh tahun dan ke atas;
3
(b)
bekas banduan iaitu seseorang yang telah disabitkan dengan apa-apa kesalahan oleh suatu mahkamah dan telah menjalani hukuman pemenjaraannya;
(c)
orang diparol sebagaimana yang ditakrifkan dalam
Akta Penjara 1995 [Akta 537];
(d)
orang diselia iaitu seorang banduan yang diarahkan oleh
Pegawai yang Menjaga untuk menjalankan apa-apa kerja di bawah subperenggan 47(1)(b)(iii) Akta Penjara 1995; atau
(e)
bekas penagih dadah yang—
(i)
telah menjalani rawatan dan pemulihan menurut
Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983
[Akta 283];
(ii)
telah diletakkan di bawah pengawasan menurut perenggan 6(1)(b)
Akta
Penagih
Dadah
(Rawatan dan Pemulihan) 1983 atau subseksyen 38B(1)
Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234]; atau
(iii)
telah diletakkan di bawah pengawasan menurut perenggan 8(3)(b)
Akta
Penagih
Dadah
(Rawatan dan Pemulihan) 1983, dan berdaftar dengan
Agensi
Antidadah
Kebangsaan
(sistem MyAADK).
(2)
Potongan yang dibenarkan di bawah subkaedah (1) adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang berikut:
(a)
pekerja itu diambil kerja secara sepenuh masa;
4
(b)
saraan yang dibayar oleh majikan kepada pekerja itu tidak melebihi empat ribu ringgit (RM4,000.00);
(c)
majikan dan pekerja itu bukan orang yang sama;
(d)
majikan itu bukan saudara-mara pekerja itu, iaitu—
(i)
suami atau isteri;
(ii)
ibu atau bapa, termasuk ibu tiri atau bapa tiri, atau ibu mertua atau bapa mertua;
(iii)
anak, termasuk anak tiri atau anak angkat mengikut mana-mana undang-undang;
(iv)
adik-beradik lelaki atau adik-beradik perempuan, termasuk adik-beradik tiri lelaki atau adik-beradik tiri perempuan; atau
(v)
datuk, nenek atau cucu, termasuk datuk tiri, nenek tiri atau cucu tiri.
(3)
Seorang majikan yang menuntut potongan di bawah Kaedah-Kaedah ini hendaklah mengemukakan pengesahan bertulis daripada—
(a)
Jabatan Penjara Malaysia, yang mengesahkan bahawa pekerja itu ialah seorang bekas banduan, orang diparol, atau orang diselia; atau
(b)
Agensi Antidadah Kebangsaan, yang mengesahkan bahawa pekerja itu ialah seorang bekas penagih dadah.
(4)
Amaun potongan yang dibenarkan di bawah Kaedah-Kaedah ini hendaklah sebagai tambahan kepada apa-apa potongan di bawah seksyen 33 Akta.
5
Dibuat 29 Mei 2019
[Per. CR(8.20)116/1-138(2019)(SJ.9); LHDN.A.Y.A.600-12/1/7(29)-16; PN(PU2)80/XCV]
LIM GUAN ENG
Menteri Kewangan
[Akan dibentangkan di
Dewan
Rakyat menurut subseksyen 154(2)
Akta Cukai Pendapatan 1967]
6
INCOME TAX ACT 1967
INCOME TAX (DEDUCTION FOR EMPLOYMENT OF SENIOR CITIZEN, EX-CONVICT,
PAROLEE, SUPERVISED PERSON AND EX-DRUG DEPENDANT) RULES 2019