Malaysia legislation

Section 3

of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI PENYEDIAAN TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK) 2013

Seksyen 3

Potongan

(1)

Bagi maksud menentukan pendapatan larasan orang yang bermastautin di Malaysia daripada perniagaannya bagi tempoh asas bagi suatu tahun taksiran, suatu potongan hendaklah dibenarkan untuk apa-apa belanja pasti dan perbelanjaan yang merupakan—

(a)

perbelanjaan berkenaan dengan perbelanjaan ke atas penyediaan dan penyenggaraan taman asuhan kanak-kanak; dan

(b)

perbelanjaan berkenaan dengan elaun asuhan kanak-kanak kepada orang yang digaji olehnya dalam perniagaannya.

(2)

Jumlah amaun potongan yang dibenarkan di bawah subkaedah (1)

hendaklah sebagai tambahan kepada apa-apa potongan di bawah seksyen 33 Akta.

P.U. (A) 15 3

(3)

Jika jumlah amaun apa-apa belanja pasti dan perbelanjaan yang dibenarkan sebagai potongan di bawah Kaedah-Kaedah ini melebihi amaun yang pada pendapat Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri semunasabahnya dijangka akan ditanggung dalam perjalanan biasa perniagaan, Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri boleh tidak membenarkan amaun itu, setakat lebihan itu, sebagai potongan di bawah

Kaedah-Kaedah ini.

(4)

Bagi maksud subkaedah (1), jika dua tempoh asas bertindih, tempoh biasa untuk kedua-dua tempoh itu hendaklah disifatkan jatuh dalam tempoh asas pertama sahaja.

(5)

"Orang" yang disebut dalam subkaedah (1) ertinya mana-mana orang yang, bagi maksud perniagaannya, menyediakan taman asuhan kanak-kanak untuk manfaat orang yang digaji olehnya dalam perniagaannya.

Dibuat 11 Januari 2013

[Per.KK/BUU(S)10/0.474 Sj.1 Jld.16; LHDN.01/35/(S)/42/51/231; PN(PU2)80/LXVIII]

DATO’ SERI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH

Menteri Kewangan Kedua

[Akan dibentangkan di Dewan Rakyat mengikut subseksyen 154(2) Akta Cukai

Pendapatan 1967]

P.U. (A) 15 4

INCOME TAX ACT 1967

INCOME TAX (DEDUCTION FOR THE PROVISION OF CHILD CARE CENTRE) RULES 2013

Section 3 — KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI PENYEDIAAN TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK) 2013