Malaysia legislation
Section 3
of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI PENYERTAAN DALAM PAMERAN KERJAYA YANG DILULUSKAN) 2012
Seksyen 3
Potongan
(1)
Bagi maksud menentukan pendapatan larasan bagi seseorang yang bermastautin di Malaysia daripada perniagaannya bagi tempoh asas bagi suatu tahun taksiran, suatu potongan hendaklah dibenarkan bagi apa-apa belanja pasti dan perbelanjaan yang diperihalkan dalam subkaedah (2) yang dilakukan—
(a)
oleh orang itu dalam tempoh asas itu berkenaan dengan perniagaannya; dan
(b)
terutama atau semata-mata bagi maksud penyertaan dalam pameran kerjaya yang diluluskan.
(2)
Belanja pasti dan perbelanjaan yang disebut dalam subkaedah (1) ialah—
(a)
perbelanjaan yang dilakukan berkenaan dengan perjalanan ke suatu negara di luar Malaysia oleh orang itu atau wakil orang itu
(tidak melebihi tiga orang termasuk orang itu) bagi maksud menyertai pameran kerjaya yang diluluskan dan perbelanjaan sebenar itu tertakluk kepada—
(i)
tambang kapal terbang kelas ekonomi;
(ii)
maksimum sebanyak tiga ratus ringgit sehari untuk penginapan; dan
(iii)
maksimum sebanyak satu ratus lima puluh ringgit sehari untuk makanan, bagi keseluruhan tempoh bermula daripada orang itu atau wakilnya bertolak dari Malaysia dan berakhir apabila dia kembali ke Malaysia;
P.U. (A) 129 4
(b)
perbelanjaan yang dilakukan berkenaan dengan bahan pemasaran dan promosi termasuklah tetapi tidak terhad kepada risalah, bahan percetakan atau kain rentang yang mengandungi maklumat khusus berkaitan dengan pameran kerjaya yang diluluskan;
(c)
perbelanjaan yang dilakukan berkenaan dengan bayaran yang dibuat kepada penganjur bagi pameran kerjaya yang diluluskan;
dan
(d)
perbelanjaan secara langsung yang dilakukan bagi menyertai pameran kerjaya selain yang dinyatakan dalam perenggan (a), (b)
dan (c).
(3)
Jumlah amaun potongan yang dibenarkan di bawah subkaedah (2) bagi menyertai suatu pameran kerjaya yang diluluskan adalah merupakan tambahan kepada apa-apa potongan di bawah seksyen 33 Akta.
(4)
Tiada potongan boleh dibenarkan di bawah Kaedah-Kaedah ini berkenaan dengan apa-apa belanja pasti dan perbelanjaan yang—
(a)
dinyatakan dalam subseksyen 39(1) Akta; dan
(b)
dilakukan oleh seseorang yang mempunyai suatu tempat perniagaan dan tertakluk kepada cukai dalam negara yang belanja pasti dan perbelanjaan itu dilakukan.
(5)
Jika jumlah amaun apa-apa belanja pasti dan perbelanjaan yang boleh dibenarkan sebagai potongan di bawah Kaedah-Kaedah ini melebihi amaun yang pada pendapat
Ketua
Pengarah
Hasil
Dalam
Negeri boleh dijangkakan dengan semunasabahnya dilakukan dalam perjalanan biasa perniagaan itu, Ketua Pengarah
P.U. (A) 129 5
Hasil Dalam Negeri boleh, setakat yang berlebihan itu tidak membenarkan amaun itu sebagai potongan di bawah Kaedah-Kaedah ini.
(6)
Bagi maksud subkaedah (1), jika dua tempoh asas bertindih, tempoh yang sama dalam kedua-dua tempoh itu hendaklah disifatkan sebagai termasuk dalam tempoh asas yang pertama itu sahaja.
(7)
Bagi maksud untuk layak kepada potongan di bawah kaedah ini, orang yang menuntut potongan itu hendaklah mengemukakan surat daripada Talent
Corporation Malaysia Berhad yang mengesahkan bahawa pameran kerjaya itu ialah suatu pameran kerjaya yang diluluskan.
Dibuat 20 April 2012
[Per.CR(8.09)294/6/4-9(SJ.9)(2012)(SK.1); LHDN.01/35/(S)/42/51/231-7.13; PN(PU2)80/LXIV]
DATO’ SERI AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH
Menteri Kewangan Kedua
[Akan dibentangkan di Dewan Rakyat menurut subseksyen 154(2) Akta Cukai Pendapatan 1967]
P.U. (A) 129 6
INCOME TAX ACT 1967
INCOME TAX (DEDUCTION FOR PARTICIPATION IN AN APPROVED CAREER FAIR)
RULES 2012