Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
(1)
Bagi maksud menentukan pendapatan larasan seseorang majikan yang bermastautin di Malaysia daripada perniagaannya dalam suatu tempoh asas bagi suatu tahun taksiran, suatu potongan hendaklah dibenarkan bagi perbelanjaan yang dilakukan oleh majikan itu berkenaan dengan kos ujian pengesanan
Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) bagi pekerjanya dalam tempoh mulai dari 1 Januari 2021 hingga 31 Disember 2021.
(2)
Amaun potongan yang dibenarkan di bawah subkaedah
(1)
adalah tambahan kepada apa-apa potongan yang dibenarkan bagi kos ujian pengesanan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) di bawah seksyen 33 Akta.
(3)
Seorang majikan yang menuntut potongan di bawah Kaedah-Kaedah ini hendaklah mengemukakan resit dan perakuan yang dikeluarkan oleh pengamal perubatan yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia atau
P.U. (A) 404 3
pengamal perubatan yang berdaftar di luar Malaysia bahawa ujian pengesanan
Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) telah dibuat kepada pekerjanya.
Dibuat 11 Oktober 2021
[MOF.TAX(S)700-1/3/87; LHDN.AY.A.600-12/1/7(29)-88; PN(PU2)80/Jld. 102]
TENGKU DATUK SERI UTAMA ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ
Menteri Kewangan
[Akan dibentangkan di
Dewan
Rakyat menurut subseksyen 154(2)
Akta Cukai Pendapatan 1967]
P.U. (A) 404 4
INCOME TAX ACT 1967
INCOME TAX (DEDUCTION FOR EXPENSES IN RELATION TO THE COST OF DETECTION
TEST OF CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19) FOR EMPLOYEES) RULES 2021