Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
Potongan 3.
(1)
Bagi maksud menentukan pendapatan larasan suatu syarikat yang layak daripada perniagaan hotel dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran, suatu potongan hendaklah dibenarkan bagi suatu amaun yang bersamaan dengan amaun perbelanjaan yang layak yang dilakukan oleh syarikat yang layak dalam tempoh asas bagi tahun taksiran itu.
(2)
Amaun potongan yang disebut dalam subkaedah (1) tidak boleh melebihi satu ratus lima puluh ribu ringgit bagi setiap tahun taksiran itu.
Syarikat yang layak 4.
Syarikat yang layak yang disebut dalam Kaedah-Kaedah ini ialah suatu syarikat yang—
(a)
diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777] dan bermastautin di Malaysia;
(b)
menjalankan perniagaan hotel; dan
(c)
hotel itu berdaftar dengan Kementerian yang bertanggungjawab bagi pelancongan di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482]
dan diberikan penarafan sebagai satu hingga lima bintang.
P.U. (A) 222 4
Perbelanjaan yang layak