Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
(1)
Perbelanjaan yang layak yang disebut dalam Kaedah-Kaedah ini ialah perbelanjaan yang dilakukan oleh syarikat yang layak bagi pembelian keluaran kraf tangan buatan Malaysia daripada orang yang berdaftar dengan
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia di bawah Akta Perbadanan Kemajuan
Kraftangan Malaysia 1979 [Akta 222] dengan syarat bahawa—
(a)
keluaran kraf tangan yang dibeli itu adalah bagi kegunaan dalam premis hotel syarikat yang layak itu; dan
(b)
pembelian keluaran kraf tangan itu hendaklah dibuat dalam tempoh mulai 1 Januari 2023 hingga 31 Disember 2025.
(2)
Perbelanjaan yang layak yang disebut dalam subkaedah (1) tidak termasuk perbelanjaan yang dilakukan oleh syarikat yang layak bagi maksud—
(a)
pembayaran yuran pereka;
(b)
pembayaran yuran profesional; dan
(c)
pembelian koleksi barangan antik.
(3)
Jika syarikat yang layak mempunyai perbelanjaan yang layak yang melebihi satu ratus lima puluh ribu ringgit sebagaimana yang diperuntukkan dalam subkaedah 3(2) bagi tempoh asas dalam suatu tahun taksiran, amaun lebihan itu tidak boleh dibawa ke hadapan dan dipotong dalam menentukan pendapatan larasan syarikat yang layak itu bagi setiap tahun taksiran yang berikutnya.
Ketidakpakaian