Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Kaedah-Kaedah ini—
“dokumentasi harga pindahan semasa” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Harga Pindahan) 2023
[P.U. (A) 165/2023];
“ESG” ertinya suatu set kriteria untuk menilai amalan kelestarian dan etika suatu institusi kewangan, syarikat, syarikat Labuan, perusahaan mikro atau perusahaan kecil dan sederhana, yang merangkumi impak alam sekitar, tanggungjawab sosial dan keberkesanan tadbir urus;
P.U. (A) 193 3
“institusi kewangan” ertinya—
(a)
suatu bank berlesen, bank pelaburan berlesen, penanggung insurans berlesen atau penanggung insurans semula profesional di bawah
Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758];
(b)
suatu bank Islam berlesen, bank Islam antarabangsa berlesen, pengendali takaful berlesen, pengendali takaful antarabangsa berlesen atau pengendali takaful semula profesional di bawah Akta Perkhidmatan
Kewangan Islam 2013 [Akta 759];
(c)
suatu institusi yang ditetapkan di bawah Akta Institusi Kewangan
Pembangunan 2002 [Akta 618];
(d)
suatu syarikat pemegangan kewangan di bawah Akta Perkhidmatan
Kewangan 2013; atau
(e)
suatu syarikat pemegangan kewangan di bawah Akta Perkhidmatan
Kewangan Islam 2013;
“penyemak semula bebas” ertinya seseorang yang dilantik untuk melaksanakan kajian semula rangka kerja pengurusan risiko cukai dan tadbir urus sebagaimana yang dinyatakan dalam garis panduan bagi Rangka Kerja Tadbir Urus Cukai Korporat;
“perusahaan kecil dan sederhana” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah Akta Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia 1995 [Akta 539];
“perusahaan mikro” ertinya perusahaan mikro sebagaimana yang ditentukan oleh
Majlis Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana Kebangsaan yang ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia 1995;
P.U. (A) 193 4
“Rangka Kerja Tadbir Urus Cukai Korporat” ertinya suatu rangka kerja yang menyediakan teknik dan proses dalam suatu organisasi untuk mengenal pasti risiko cukai, menilai risiko cukai, menetapkan tindakan yang sesuai untuk mengurangkan kesan risiko cukai dan melaksanakan rangka kerja kawalan cukai itu.
Potongan