Malaysia legislation

Section 4

of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI PERBELANJAAN BERHUBUNG DENGAN PENYENARAIAN DI PASARAN UTAMA, PASARAN AKSES, PASTI, CEKAP (ACE) ATAU PASARAN PLATFORM PENGEMBANGAN USAHAWAN UNGGUL (LEAP) DI BURSA MALAYSIA SECURITIES BERHAD) 2023

Seksyen 4

(1)

Tertakluk kepada subkaedah (2), (3) dan (4), bagi maksud menentukan pendapatan larasan suatu syarikat berasaskan teknologi daripada perniagaannya dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran, suatu potongan hendaklah dibenarkan bagi suatu amaun yang bersamaan dengan amaun perbelanjaan yang berikut yang dilakukan oleh syarikat berasaskan teknologi itu berhubung dengan penyenaraian di Pasaran Utama, Pasaran ACE atau Pasaran LEAP:

(a)

bayaran fi kepada Bursa Malaysia Securities Berhad dan

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sebagai pihak berkuasa;

(b)

bayaran bagi fi profesional yang berikut:

(i)

fi penasihat kepada—

(A)

penasihat utama bagi penyenaraian di Pasaran Utama;

4

(B)

penaja, yang merupakan penasihat utama bagi penyenaraian di Pasaran ACE; dan

(C)

penasihat yang diluluskan, yang merupakan penasihat utama bagi penyenaraian di Pasaran LEAP; dan

(ii)

berhubung dengan proses penyenaraian, fi kepada peguam, setiausaha syarikat, penasihat cukai, akauntan pelapor, juruaudit, penilai, penyelidik pasaran bebas, gedung terbitan dan pendaftar saham; dan

(c)

bayaran fi bagi penajajaminan, penempatan dan perkhidmatan pembrokeran.

(2)

Potongan yang disebut dalam subkaedah (1) hanya boleh dituntut oleh syarikat berasaskan teknologi bagi tempoh asas dalam suatu tahun taksiran apabila syarikat berasaskan teknologi itu disenaraikan di Pasaran Utama, Pasaran ACE atau

Pasaran LEAP.

(3)

Jumlah amaun potongan yang dibenarkan di bawah subkaedah (1)

hendaklah suatu amaun yang tidak melebihi satu juta lima ratus ribu ringgit.

(4)

Amaun potongan berkenaan dengan perbelanjaan yang disebut dalam subkaedah (1) tidak boleh melebihi pendapatan larasan syarikat berasaskan teknologi itu bagi tempoh asas dalam tahun taksiran itu dan pendapatan larasan itu hendaklah ditentukan sebelum potongan itu.

(5)

Jika oleh sebab ketiadaan atau ketidakcukupan pendapatan larasan dalam tahun taksiran itu, potongan berkenaan dengan perbelanjaan yang disebut dalam subkaedah (1) tidak boleh dituntut atau tidak boleh dituntut sepenuhnya, potongan berkenaan dengan perbelanjaan itu tidak boleh dibenarkan kepada syarikat berasaskan teknologi dalam mana-mana tahun taksiran berikutnya.

5