Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
(2)
Syarikat yang layak yang disebut dalam subkaedah (1) ialah suatu syarikat—
(a)
yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125]; dan
(b)
yang bermastautin di Malaysia.
(3)
Perbelanjaan yang layak yang disebut dalam subkaedah (1) ialah—
3
(a)
fi perunding bagi perkhidmatan perundingan oleh suatu syarikat perunding bagi penyediaan Laporan Gas Rumah Kaca, yang berhubungan dengan—
(i)
skop laporan;
(ii)
pengumpulan data laporan;
(iii)
penentuan kaedah pengiraan pengurangan pelepasan gas rumah kaca; dan
(iv)
nasihat bagi pengurangan pelepasan gas rumah kaca;
(b)
kos bagi penyediaan Laporan Gas Rumah Kaca secara dalaman oleh syarikat yang layak iaitu gaji untuk kerja-kerja tambahan yang dibuat oleh pekerja sepenuh masa dan gaji pekerja tak sepenuh masa, yang terlibat secara langsung dalam penyediaan
Laporan Gas Rumah Kaca; dan
(c)
fi perkhidmatan bagi penentusahan Laporan Gas Rumah Kaca yang dibayar oleh syarikat yang layak berhubung dengan—
(i)
penentusahan maklumat yang digunakan untuk pengiraan pelepasan gas rumah kaca;
(ii)
penentusahan kaedah pengiraan pelepasan gas rumah kaca;
dan
(iii)
penyediaan dan pengeluaran penentusahan Laporan Gas
Rumah Kaca.
(4)
Potongan yang dibenarkan di bawah Kaedah-Kaedah ini adalah tertakluk kepada syarat yang berikut:
4
(a)
potongan itu adalah bagi perbelanjaan yang layak yang dilakukan dalam tempoh dua tahun mulai 1
Januari 2015
hingga 31 Disember 2016;
(b)
amaun potongan yang dibenarkan hendaklah tidak melebihi amaun maksimum yang ditetapkan dalam Jadual;
(c)
potongan bagi perbelanjaan yang layak dalam perenggan (3)(a)
dan (b) adalah saling eksklusif;
(d)
syarikat yang memberi penentusahan yang disebut dalam perenggan (3)(c) bukanlah syarikat berkaitan dengan syarikat perunding yang disebut dalam perenggan (3)(a) atau syarikat yang layak;
(e)
syarikat perunding yang disebut dalam perenggan (3)(a) bukanlah syarikat berkaitan dengan syarikat yang layak;
(f)
syarikat perunding yang disebut dalam perenggan (3)(a) dan syarikat yang memberi penentusahan yang disebut dalam perenggan (3)(c) hendaklah diluluskan oleh Kementerian Sumber
Asli dan Alam Sekitar; dan
(g)
Laporan Gas Rumah Kaca yang berkenaan dengannya tuntutan potongan dibuat hendaklah ditentusahkan oleh Kementerian
Sumber Asli dan Alam Sekitar.
(5)
Bagi maksud kaedah ini—
“Laporan Gas Rumah Kaca” ertinya laporan yang disediakan oleh syarikat yang layak yang berhubungan dengan pelepasan gas rumah kaca;
5
“syarikat berkaitan” mempunyai maksud yang sama sebagaimana dalam seksyen 2 Akta Penggalakan Pelaburan 1986 [Akta 327].
Ketidakpakaian 2.
Kaedah-Kaedah ini tidak terpakai bagi suatu syarikat yang layak yang dalam tempoh asas bagi tahun taksiran itu telah, berhubung dengan perbelanjaan yang layak,—
(a)
membuat tuntutan bagi elaun di bawah Jadual 7A atau Jadual 7B kepada
Akta;
(b)
diberikan insentif di bawah Akta Penggalakan Pelaburan 1986;
(c)
diberikan pengecualian di bawah seksyen 127 Akta; atau
(d)
membuat suatu tuntutan bagi potongan cukai di bawah apa-apa kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen 154 Akta kecuali—
(i)
elaun di bawah Jadual 3 Akta;
(ii)
Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Perbelanjaan
Audit) 2006 [P.U. (A) 129/2006];
(iii)
Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Kos yang berhubungan dengan Latihan untuk Pekerja bagi Pelaksanaan
Cukai Barang dan Perkhidmatan) 2014 [P.U. (A) 334/2014]; atau
(iv)
Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Perbelanjaan berhubung dengan Yuran Kesetiausahaan dan Yuran Pemfailan
Cukai) 2014 [P.U. (A) 336/2014].
6