Malaysia legislation

Section 3

of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI PERBELANJAAN BERHUBUNG DENGAN PROGRAM PEMBANGUNAN VENDOR) 2022

Seksyen 3

(1)

Program Pembangunan Vendor ialah suatu program yang diluluskan oleh

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, yang akan dilaksanakan oleh syarikat induk dalam membangunkan syarikat vendor baharu atau mengukuhkan pembangunan syarikat vendor sedia ada, di peringkat domestik dan antarabangsa.

(2)

Syarikat vendor yang disebut dalam subkaedah (1) ialah suatu syarikat—

(a)

yang diperbadankan atau disifatkan didaftarkan di bawah

Akta Syarikat 2016;

(b)

yang bermastautin di Malaysia; dan

(c)

yang merupakan pengilang atau pembekal komponen, atau penyedia perkhidmatan kepada syarikat induk di bawah

Program Pembangunan Vendor.

Potongan

Section 3 — KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI PERBELANJAAN BERHUBUNG DENGAN PROGRAM PEMBANGUNAN VENDOR) 2022