Malaysia legislation

Section 3

of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI PERBELANJAAN BERHUBUNG DENGAN PROGRAM PEMBANGUNAN VENDOR INDUSTRY4WRD) 2022

Seksyen 3

(1)

Program Pembangunan Vendor Industry4WRD ialah suatu program yang diperakui oleh kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perdagangan antarabangsa dan industri atau agensi, yang akan dilaksanakan oleh syarikat induk dalam membangunkan syarikat vendor sebagaimana yang dinyatakan dalam Garis Panduan Bagi Pelaksanaan Program Pembangunan Vendor Industry4WRD yang dikeluarkan atau disemak semula oleh kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perdagangan antarabangsa dan industri dan diluluskan oleh Menteri.

(2)

Bagi maksud subkaedah (1)—

“agensi” ertinya mana-mana agensi yang dilantik oleh kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perdagangan antarabangsa dan industri di bawah Program Pembangunan Vendor Industry4WRD;

P.U. (A) 172 4

“syarikat vendor” ertinya suatu syarikat—

(a)

yang diperbadankan atau disifatkan didaftarkan di bawah

Akta Syarikat 2016;

(b)

yang bermastautin di Malaysia;

(c)

yang melibatkan diri dalam sektor pengilangan atau perkhidmatan berkaitan pengilangan; dan

(d)

yang memenuhi syarat lain sebagaimana yang dinyatakan dalam

Garis Panduan Bagi Pelaksanaan Program Pembangunan Vendor

Industry4WRD (PPV Industry4WRD) yang dikeluarkan atau disemak semula oleh kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perdagangan antarabangsa dan industri dan diluluskan oleh Menteri.

Potongan

Section 3 — KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI PERBELANJAAN BERHUBUNG DENGAN PROGRAM PEMBANGUNAN VENDOR INDUSTRY4WRD) 2022