Malaysia legislation
Section 3
of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI PERBELANJAAN FI FRANCAIS) 2012
Seksyen 3
Potongan
(1)
Bagi maksud menentukan pendapatan larasan orang yang layak daripada perniagaannya bagi tempoh asas bagi suatu tahun taksiran, suatu potongan hendaklah dibenarkan bagi perbelanjaan yang dilakukan ke atas fi francais yang dibayar kepada pemberi francais untuk perniagaan francaisnya sebelum permulaan perniagaan itu.
(2)
Bagi maksud subkaedah (1), fi francais yang telah dibayar oleh orang yang layak itu kepada pemberi francais untuk perniagaan francaisnya tidak boleh dibayar balik.
(3)
Perbelanjaan yang dilakukan di bawah subkaedah (1) hendaklah disifatkan dilakukan dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran yang mana perniagaan francais itu bermula.
Dibuat 23 Februari 2012
[CR(8.09)294/6/4-9(SJ. 9); LHDN.01/35/(S)/42/51/231-7.13; PN(PU2)80/LXIII]
DATO’ SERI AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH
Menteri Kewangan Kedua
[Akan dibentangkan di Dewan Rakyat menurut subseksyen 154(2) Akta Cukai Pendapatan 1967]
P.U. (A) 76 4
INCOME TAX ACT 1967
INCOME TAX (DEDUCTION FOR EXPENDITURE ON FRANCHISE FEE) RULES 2012