Malaysia legislation

Section 2

of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI PERBELANJAAN KE ATAS PENILAIAN KESEDIAAN INDUSTRY4WRD) 2020

Seksyen 2

Kaedah-Kaedah ini terpakai bagi suatu syarikat yang memenuhi semua kelayakan yang berikut:

(a)

syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777] dan bermastautin di Malaysia;

(b)

syarikat yang terlibat dalam aktiviti pengilangan selaras dengan

Akta Penyelarasan Industri 1975 [Akta 156] atau aktiviti perkhidmatan berkaitan pengilangan;

(c)

syarikat yang memegang suatu lesen perniagaan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan yang berkenaan;

(d)

syarikat yang telah beroperasi bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga puluh enam bulan; dan

(e)

syarikat yang tidak diluluskan insentif oleh Kerajaan berhubung dengan program Penilaian Kesediaan Industry4WRD, yang insentif itu adalah

P.U. (A) 272 3

tertakluk kepada Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) (No. 22) 2006

[P.U. (A) 207/2006].

Potongan

Section 2 — KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI PERBELANJAAN KE ATAS PENILAIAN KESEDIAAN INDUSTRY4WRD) 2020