Malaysia legislation

Section 3

of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI PERBELANJAAN KE ATAS PENILAIAN KESEDIAAN INDUSTRY4WRD) 2020

Seksyen 3

(1)

Bagi maksud menentukan pendapatan larasan suatu syarikat yang layak daripada perniagaannya dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran, suatu amaun bersamaan dengan jumlah amaun berkenaan dengan perbelanjaan fi ke atas program

Penilaian Kesediaan Industry4WRD yang dilakukan oleh syarikat yang layak itu hendaklah dibenarkan sebagai potongan tertakluk kepada syarat yang berikut:

(a)

perbelanjaan fi ke atas program Penilaian Kesediaan Industry4WRD itu hendaklah yang dilakukan tidak lebih awal daripada 2 Januari 2019

tetapi tidak lewat daripada 31 Disember 2020;

(b)

permohonan bagi potongan hendaklah dibuat kepada Menteri melalui

Perbadanan Produktiviti Malaysia pada atau selepas 2 Januari 2019

tetapi tidak lewat daripada 31 Disember 2021; dan

(c)

jumlah amaun potongan yang dibenarkan hendaklah suatu amaun yang tidak melebihi dua puluh tujuh ribu ringgit.

(2)

Dalam Kaedah-Kaedah ini—

(a)

“Penilaian Kesediaan Industry4WRD” ertinya suatu program yang dijalankan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia bagi maksud menilai jurang dan tahap kesediaan syarikat untuk menerima pakai

Industri 4.0;

(b)

“Perbadanan Produktiviti Malaysia” ertinya Perbadanan Produktiviti

Malaysia yang ditubuhkan di bawah subseksyen 3(1) Akta Perbadanan

Produktiviti Malaysia (Pemerbadanan) 1966 [Akta 408]; dan

P.U. (A) 272 4

(c)

“syarikat yang layak” ertinya suatu syarikat yang memenuhi kelayakan di bawah kaedah 2.

Dibuat 4 September 2020

[Perb. CR(8.20)116/1-138(2019) (SJ.10); PN(PU2)80/XCVII]

DATO’ SRI TENGKU ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ

Menteri Kewangan

[Akan dibentangkan di

Dewan

Rakyat menurut subseksyen 154

(2)

Akta Cukai Pendapatan 1967]

P.U. (A) 272 5

INCOME TAX ACT 1967

INCOME TAX (DEDUCTION FOR EXPENDITURE ON INDUSTRY4WRD

READINESS ASSESSMENT) RULES 2020

Section 3 — KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI PERBELANJAAN KE ATAS PENILAIAN KESEDIAAN INDUSTRY4WRD) 2020