Malaysia legislation

Section 2

of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI PERBELANJAAN KE ATAS TERBITAN DEBENTUR RUNCIT DAN SUKUK RUNCIT) 2013

Seksyen 2

(1)

Bagi maksud menentukan pendapatan larasan suatu syarikat yang bermastautin di Malaysia daripada perniagaannya bagi tempoh asas bagi suatu tahun taksiran, suatu potongan ke atas perbelanjaan tambahan yang dilakukan oleh syarikat itu hendaklah dibenarkan ke atas terbitan—

(a)

debentur runcit yang diluluskan atau dibenarkan oleh Suruhanjaya

Sekuriti di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007

[Akta 671]; dan

(b)

sukuk runcit yang diluluskan atau dibenarkan oleh Suruhanjaya

Sekuriti di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007.

(2)

Yang berikut ialah perbelanjaan tambahan yang disebut dalam subkaedah (1):

(a)

fi profesional yang berhubungan dengan usaha wajar, mendraf dan penyediaan prospektus;

P.U. (A) 71 3

(b)

kos percetakan prospektus;

(c)

kos pengiklanan prospektus;

(d)

fi pendaftaran prospektus Suruhanjaya Sekuriti;

(e)

fi pemprosesan dan fi awal penyenaraian Bursa Malaysia;

(f)

fi pengkreditan terbitan baru Bursa Malaysia; dan

(g)

fi pengagihan utama.

(3)

Debentur runcit yang disebut dalam perenggan (1)(a)—

(a)

mempunyai erti yang sama diberikan kepada takrif “debentur”

dalam Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007; dan

(b)

adalah apa-apa debentur yang dicadangkan untuk diterbitkan atau ditawarkan kepada pelabur runcit dan termasuklah debentur yang berkenaan dengannya suatu pelawaan untuk melanggan atau membeli debentur itu dicadangkan untuk dikeluarkan kepada pelabur runcit.

(4)

Sukuk runcit yang disebut dalam perenggan (1)(b)—

(a)

mempunyai erti yang sama yang diperuntukkan dalam garis panduan yang berhubungan dengan sukuk yang dikeluarkan oleh

Suruhanjaya Sekuriti di bawah Akta

Pasaran

Modal dan

Perkhidmatan 2007; dan

(b)

adalah apa-apa sukuk yang dicadangkan untuk diterbitkan atau ditawarkan kepada pelabur runcit dan termasuklah sukuk yang berkenaan dengannya suatu pelawaan untuk melanggan atau

P.U. (A) 71 4

membeli sukuk itu dicadangkan untuk dikeluarkan kepada pelabur runcit.

(5)

Pelabur runcit yang disebut dalam subkaedah (2) dan (3) adalah mana-mana orang selain—

(a)

Bank Negara Malaysia yang disebut dalam Akta Bank Negara

Malaysia 2009 [Akta 701];

(b)

orang yang kepadanya suatu penawaran terkecuali atau pelawaan terkecuali dibuat sebagaimana yang dinyatakan dalam Bahagian A

Section 2 — KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI PERBELANJAAN KE ATAS TERBITAN DEBENTUR RUNCIT DAN SUKUK RUNCIT) 2013