Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
(1)
Bagi maksud menentukan pendapatan larasan suatu syarikat yang bermastautin di Malaysia daripada perniagaannya bagi tempoh asas bagi suatu tahun taksiran, hendaklah dibenarkan sebagai potongan suatu amaun bersamaan dengan jumlah amaun yang dinyatakan dalam subkaedah (6) atau (7), mengikut mana-mana yang berkenaan, berkenaan dengan perbelanjaan tambahan yang dilakukan oleh syarikat itu ke atas terbitan―
(a)
debentur runcit yang diluluskan atau dibenarkan oleh Suruhanjaya
Sekuriti
Malaysia di bawah
Akta
Pasaran
Modal dan
Perkhidmatan 2007 [Akta 671];
(b)
sukuk runcit yang distruktur menurut prinsip Murabahah atau
Bai’ Bithaman Ajil (berasaskan konsep Tawarruq), Mudharabah,
Musyarakah, Istisna’ atau mana-mana prinsip Shariah selain prinsip yang disebut dalam perenggan (c), yang diluluskan atau
P.U. (A) 347 3
dibenarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia di bawah
Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007; dan
(c)
sukuk runcit yang distruktur menurut prinsip Ijarah, atau
Wakalah yang terdiri daripada komponen gabungan aset dan hutang, yang diluluskan atau dibenarkan oleh Suruhanjaya
Sekuriti Malaysia di bawah
Akta
Pasaran
Modal dan
Perkhidmatan 2007.
(2)
Perbelanjaan tambahan yang disebut dalam subkaedah (1) ialah―
(a)
fi profesional yang berhubungan dengan usaha wajar, penggubalan dan penyediaan prospektus;
(b)
kos percetakan prospektus;
(c)
kos pengiklanan prospektus;
(d)
fi pendaftaran prospektus Suruhanjaya Sekuriti Malaysia;
(e)
fi pemprosesan dan fi penyenaraian awal Bursa Malaysia;
(f)
fi pengkreditan terbitan baharu Bursa Malaysia; dan
(g)
fi pengagihan utama.
(3)
Debentur runcit yang disebut dalam perenggan (1)(a) adalah apa-apa debentur yang diterbitkan atau ditawarkan kepada pelabur runcit dan termasuklah debentur yang berkenaan dengannya suatu pelawaan untuk melanggan atau membeli debentur yang diterbitkan kepada pelabur runcit.
(4)
Sukuk runcit yang disebut dalam perenggan (1)(b) dan (c) adalah apa-apa sukuk yang diterbitkan atau ditawarkan kepada pelabur runcit dan termasuklah sukuk
P.U. (A) 347 4
yang berkenaan dengannya suatu pelawaan untuk melanggan atau membeli sukuk yang diterbitkan kepada pelabur runcit.
(5)
Pelabur runcit yang disebut dalam subkaedah (3) dan (4) adalah mana-mana orang selain―
(a)
Bank Negara Malaysia yang disebut dalam Akta Bank Negara
Malaysia 2009 [Akta 701];
(b)
orang yang kepadanya suatu penawaran terkecuali atau pelawaan terkecuali dibuat sebagaimana yang dinyatakan dalam Bahagian I