Malaysia legislation

Section 3

of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI PERBELANJAAN KE ATAS TERBITAN SUKUK) 2015

Seksyen 3

Bagi maksud menentukan pendapatan larasan suatu syarikat daripada perniagaannya dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran, suatu potongan hendaklah dibenarkan bersamaan dengan amaun perbelanjaan yang dilakukan oleh syarikat itu ke atas terbitan sukuk—

(a)

yang diluluskan atau dibenarkan oleh, atau diserah simpan dengan,

Suruhanjaya

Sekuriti di bawah

Akta

Pasaran

Modal dan

Perkhidmatan 2007 [Akta 671]; atau

(b)

yang diluluskan oleh Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan yang ditubuhkan di bawah

Akta

Lembaga

Perkhidmatan

Kewangan

Labuan 1996 [Akta 545].

Dibuat 28 Disember 2015

[CR(8.09)294/6/4-9(SJ. 9)(2015)(SK. 2); LHDN 01/35/(S)/42/51/286-54;

PN(PU2)80/LXXIX]

DATO’ SERI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH

Menteri Kewangan Kedua

[Akan dibentangkan di

Dewan

Rakyat menurut subseksyen 154(2)

Akta Cukai Pendapatan 1967]

P.U. (A) 318 4

INCOME TAX ACT 1967

INCOME TAX (DEDUCTION FOR EXPENDITURE ON ISSUANCE OF SUKUK) RULES 2015

Section 3 — KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI PERBELANJAAN KE ATAS TERBITAN SUKUK) 2015