Malaysia legislation

Section 2

of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI PERBELANJAAN KE ATAS TERBITAN SUKUK) 2019

Seksyen 2

(1)

Bagi maksud menentukan pendapatan larasan suatu syarikat daripada perniagaannya bagi tempoh asas bagi suatu tahun taksiran, hendaklah dibenarkan sebagai potongan suatu amaun bersamaan dengan amaun perbelanjaan yang dilakukan oleh syarikat itu ke atas terbitan sukuk—

(a)

yang diluluskan atau dibenarkan oleh, atau diserah simpan dengan,

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia di bawah Akta Pasaran Modal dan

Perkhidmatan 2007 [Akta 671]; atau

(b)

yang diluluskan oleh Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan yang ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Perkhidmatan Kewangan

Labuan 1996 [Akta 545].

P.U. (A) 118 3

(2)

Bagi maksud subkaedah (1)—

“sukuk” ertinya—

(a)

sukuk yang distruktur menurut prinsip Ijarah; atau

(b)

sukuk yang distruktur menurut prinsip Wakalah yang terdiri daripada komponen gabungan aset dan hutang;

“syarikat” ertinya suatu syarikat yang bermastautin di Malaysia dan diperbadankan di bawah

Akta

Syarikat 2016

[Akta 777]

atau

Akta Syarikat Labuan 1990 [Akta 441].

Dibuat 22 April 2019

[Perb.CR(8.09)681/2-61(SJ.18)JLD.17 LHDN.AY.A600-12/1/7(29)-9; PN(PU2)80/XCIV]

LIM GUAN ENG

Menteri Kewangan

[Akan dibentangkan di

Dewan

Rakyat menurut subseksyen 154(2)

Akta Cukai Pendapatan 1967]

P.U. (A) 118 4

INCOME TAX ACT 1967

INCOME TAX (DEDUCTION FOR EXPENDITURE ON ISSUANCE OF SUKUK) RULES 2019

Section 2 — KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI PERBELANJAAN KE ATAS TERBITAN SUKUK) 2019