Malaysia legislation

Section 2

of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI PERBELANJAAN KE ATAS TERBITAN SUKUK AGRO) 2013

Seksyen 2

(1)

Bagi maksud menentukan pendapatan larasan suatu syarikat yang bermastautin di Malaysia daripada perniagaannya dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran, suatu potongan hendaklah dibenarkan bagi perbelanjaan yang dilakukan oleh syarikat itu ke atas terbitan Sukuk Agro yang diluluskan atau dibenarkan oleh

Suruhanjaya Sekuriti di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 [Akta 671].

(2)

Sukuk Agro yang disebut dalam subkaedah (1)—

(a)

mempunyai erti yang sama yang diberikan kepada takrif “sukuk”

dalam Garis Panduan Sukuk yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya

Sekuriti menurut seksyen 377 Akta Pasaran Modal dan

Perkhidmatan 2007;

(b)

adalah apa-apa sukuk yang diterbitkan atau ditawarkan mengikut prinsip Musyarakah, Mudharabah, Wakalah bi al-Istithmar dan

Ijarah sebagaimana yang diperuntukkan dalam Garis Panduan

Sukuk yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti menurut seksyen 377 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007; dan

P.U. (A) 305 3

(c)

yang tujuh puluh peratus daripada hasil yang diperoleh daripada terbitan atau penawaran sukuk digunakan bagi maksud seperti yang berikut:

(i)

membiayai perniagaan dalam sektor pertanian (kecuali modal kerja);

(ii)

memperoleh perniagaan dalam sektor pertanian; atau

(iii)

kedua-dua aktiviti yang disebut dalam subperenggan (i)

dan (ii).

(3)

Sukuk yang diterbitkan atau ditawarkan mengikut prinsip Wakalah bi al-Istithmar yang disebut dalam perenggan (2)(b) hendaklah terdiri daripada komponen campuran hutang dan aset.

(4)

Perniagaan dalam sektor pertanian yang disebut dalam perenggan (2)(c)

ertinya suatu perniagaan yang menjalankan operasi atau aktiviti perniagaan berhubungan dengan perkara yang berikut:

(a)

pengkulturan, penanaman, penuaian atau pemeliharaan kelapa sawit, getah, padi, buah-buahan, sayur-sayuran, kelapa, tebu, teh, bunga, lada atau koko;

(b)

penternakan atau pembiakan ternakan;

(c)

pengkulturan, pembiakan, pemeliharaan atau penangkapan ikan atau lain-lain haiwan akuatik; dan

(d)

pengkulturan, penanaman, penuaian atau pemeliharaan lain-lain tanaman.

P.U. (A) 305 4

(5)

Jumlah amaun potongan yang dibenarkan di bawah subkaedah (1)

hendaklah bersamaan dengan dua kali amaun perbelanjaan yang dibenarkan di bawah

Kaedah-Kaedah ini.

Ketidaklayakan untuk mendapat potongan

Section 2 — KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI PERBELANJAAN KE ATAS TERBITAN SUKUK AGRO) 2013