Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Pemakaian
(1)
Kaedah-Kaedah ini hendaklah terpakai kepada orang yang layak yang membuat permohonan untuk mendapatkan suatu Pensijilan 1-InnoCERT tidak lewat
3
dari 31 Disember 2014 yang baginya orang yang layak itu diberi Pensijilan 1-InnoCERT yang pertama.
(2)
Bagi maksud Kaedah-Kaedah ini, orang yang layak adalah—
(a)
seseorang dalam industri perkilangan, industri perkhidmatan berkaitan perkilangan dan industri berasaskan pertanian yang bermastautin di Malaysia, yang pada akhir tempoh asas bagi suatu tahun taksiran itu—
(i)
mempunyai tidak kurang daripada lima dan tidak lebih daripada seratus lima puluh orang pekerja sepenuh masa;
atau
(ii)
telah mencapai jualan tahunan tidak kurang dari dua ratus lima puluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada dua puluh lima juta ringgit; atau
(b)
seseorang dalam industri perkhidmatan, industri pertanian utama, teknologi maklumat dan komunikasi yang bermastautin di
Malaysia, yang pada akhir tempoh asas bagi suatu tahun taksiran itu—
(i)
mempunyai tidak kurang daripada lima dan tidak lebih daripada lima puluh orang pekerja sepenuh masa; atau
(ii)
telah mencapai jualan tahunan tidak kurang daripada dua ratus ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima juta ringgit.
Potongan