Malaysia legislation

Section 4

of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI PERBELANJAAN UNTUK MENDAPATKAN PENSIJILAN 1-INNOCERT) 2012

Seksyen 4

(1)

Bagi menentukan pendapatan larasan orang yang layak bagi tempoh asas bagi suatu tahun taksiran, maka hendaklah dibenarkan sebagai potongan suatu amaun bersamaan dengan perbelanjaan yang dilakukan oleh orang yang layak itu untuk

4

mendapatkan suatu Pensijilan 1-InnoCERT yang pertama baginya daripada Perbadanan

Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia.

(2)

Bagi maksud subkaedah (1), perbelanjaan yang dilakukan—

(a)

hendaklah merupakan perbelanjaan langsung yang dilakukan bagi permohonan yang orang yang layak itu telah diberi Pensijilan 1-InnoCERT; dan

(b)

hendaklah disifatkan telah dilakukan dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran yang dalamnya Pensijilan 1-InnoCERT telah diberi kepada orang yang layak itu.

(3)

Perbelanjaan disebut di dalam Kaedah-Kaedah ini adalah seperti yang berikut:

(a)

yuran pensijilan sebanyak lima ribu ringgit; dan

(b)

perbelanjaan yang dilakukan oleh juruaudit SIRIM Berhad yang terdiri daripada—

(i)

kos perjalanan pergi dan balik dari pejabat ke premis orang yang layak itu termasuklah—

(A)

perbatuan, tol dan bayaran letak kereta; atau

(B)

dalam kes perjalanan melalui udara, kos perjalanan kelas ekonomi dan tuntutan penukaran penerbangan;

(ii)

kos penginapan dalam bilik standard atau elaun lojing; dan

(iii)

elaun makan.

5

Dibuat 17 April 2012

[Perb. 0.3865/432(39)(2011); LHDN 01/35/(S)/42/51/259-20; PN(PU2)80/LXIV]

DATO’ SERI AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH

Menteri Kewangan Kedua

[Akan dibentangkan di Dewan Rakyat menurut subseksyen 154(2) Akta Cukai Pendapatan 1967]

6

INCOME TAX ACT 1967

INCOME TAX (DEDUCTION FOR EXPENDITURE TO OBTAIN THE 1-INNOCERT

CERTIFICATION) RULES 2012

Section 4 — KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI PERBELANJAAN UNTUK MENDAPATKAN PENSIJILAN 1-INNOCERT) 2012