Malaysia legislation

Section 2

of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI PERBELANJAAN UNTUK MENDAPATKAN PENSIJILAN 1-INNOCERT) 2016

Seksyen 2

(1)

Bagi menentukan pendapatan larasan orang yang layak dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran, hendaklah dibenarkan sebagai potongan suatu amaun bersamaan dengan perbelanjaan yang dilakukan oleh orang yang layak itu untuk mendapatkan suatu Pensijilan 1-InnoCERT yang pertamanya.

(2)

Potongan di bawah subkaedah (1) hendaklah terpakai bagi orang yang layak yang membuat permohonan untuk mendapatkan suatu Pensijilan 1-InnoCERT tidak lewat dari 31 Disember 2017.

(3)

Bagi maksud subkaedah (1), perbelanjaan yang dilakukan hendaklah merupakan perbelanjaan langsung yang dilakukan oleh orang yang layak itu seperti yang berikut:

3

(a)

yuran pensijilan sebanyak lima ribu ringgit; dan

(b)

bayaran bagi perbelanjaan yang dilakukan oleh juruaudit SIRIM

Berhad yang terdiri daripada—

(i)

kos perjalanan pergi dan balik dari pejabat juruaudit SIRIM

Berhad ke premis orang yang layak itu termasuklah—

(A)

perbatuan, tol dan bayaran letak kereta; atau

(B)

dalam hal perjalanan melalui udara, kos tambang penerbangan kelas ekonomi dan tuntutan penukaran penerbangan;

(ii)

kos penginapan bagi bilik standard atau elaun lojing; dan

(iii)

elaun makan.

(4)

Bagi maksud subkaedah (1), semua perbelanjaan yang dilakukan untuk mendapatkan Pensijilan 1-InnoCERT dalam mana-mana tahun taksiran selain tahun taksiran yang Pensijilan 1-InnoCERT diberi kepada orang yang layak itu hendaklah disifatkan dilakukan dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran yang

Pensijilan 1-InnoCERT itu diberi kepada orang yang layak itu.

(5)

Bagi maksud kaedah ini—

“orang yang layak” ertinya—

(a)

seseorang dalam industri pembuatan dan bermastautin di Malaysia, yang pada akhir tempoh asas bagi suatu tahun taksiran itu—

4

(i)

mempunyai tidak kurang daripada lima dan tidak lebih daripada dua ratus orang pekerja sepenuh masa; atau

(ii)

telah mencapai jualan tahunan tidak kurang daripada tiga ratus ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima puluh juta ringgit; atau

(b)

seseorang dalam industri perkhidmatan, pertanian asas, pembinaan atau perlombongan dan pengkuarian, dan yang bermastautin di Malaysia, yang pada akhir tempoh asas bagi suatu tahun taksiran itu—

(i)

mempunyai tidak kurang daripada lima dan tidak lebih daripada tujuh puluh lima orang pekerja sepenuh masa;

atau

(ii)

telah mencapai jualan tahunan tidak kurang daripada tiga ratus ribu ringgit dan tidak lebih daripada dua puluh juta ringgit;

“Pensijilan 1-InnoCERT”

ertinya

Pensijilan 1-Inovasi bagi

Penarafan Perusahaan dan Transformasi yang dikeluarkan oleh Perbadanan

Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3

Akta Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia 1995 [Akta 539]

kepada mana-mana orang yang telah diberi penarafan bagi maksud

Pensijilan 1-InnoCERT oleh SIRIM Berhad;

“SIRIM Berhad” ertinya suatu syarikat yang diperbadankan di Malaysia menurut Akta Syarikat 1965 [Akta 125] (No. syarikat: 367474-V).

5

Dibuat 6 Jun 2016

[Perb. 0.3865/432 Jld.3(2); LHDN 01/35/(S)/42/51/259-20; PN(PU2)80/LXXXII]

DATO’ SERI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH

Menteri Kewangan Kedua

[Akan dibentangkan di

Dewan

Rakyat menurut subseksyen 154(2)

Akta Cukai Pendapatan 1967]

6

INCOME TAX ACT 1967

INCOME TAX (DEDUCTION FOR EXPENDITURE TO OBTAIN THE 1-INNOCERT

CERTIFICATION) RULES 2016

Section 2 — KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI PERBELANJAAN UNTUK MENDAPATKAN PENSIJILAN 1-INNOCERT) 2016