Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Kaedah-Kaedah ini—
“institusi pendidikan tinggi” ertinya suatu institusi di Malaysia, yang ditubuhkan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 [Akta 30], Akta Universiti Teknologi
MARA 1976 [Akta 173] atau Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 [Akta 555]
dan berdaftar dengan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia;
“orang” ertinya seseorang sebagaimana yang boleh diluluskan oleh Talent
Corporation Malaysia Berhad untuk menjalankan suatu program latihan yang diluluskan;
“pelajar” ertinya seorang individu—
(a)
yang merupakan warganegara Malaysia;
3
(b)
yang melanjutkan pelajarannya ke suatu program ijazah atau yang sama sepertinya secara sepenuh masa di sebuah institusi pendidikan tinggi;
dan
(c)
yang menamatkan program latihan yang diluluskan sebelum selesai semester akhir program ijazahnya atau yang sama sepertinya;
“program latihan yang diluluskan” ertinya suatu program latihan berstruktur di
Malaysia yang dilaksanakan sekurang-kurangnya selama sepuluh (10) minggu sebagaimana yang diluluskan oleh Talent Corporation Malaysia Berhad dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi yang memberi pengalaman praktikal dan menekankan pembangunan pengetahuan atau kemahiran khusus, merangkumi tetapi tidak terhad kepada teknikal, komunikasi atau perniagaan, untuk pelajar institusi pendidikan tinggi;
“Talent
Corporation
Malaysia
Berhad”
ertinya suatu syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125] yang fungsinya untuk memperkenalkan dan memudahkan inisiatif yang menumpukan kepada keperluan bakat di Malaysia.
Potongan