Malaysia legislation

Section 3

of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI PERBELANJAAN YANG DILAKUKAN BAGI PENYEDIAAN PROGRAM LATIHAN YANG DILULUSKAN) 2012

Seksyen 3

(1)

Bagi maksud menentukan pendapatan larasan bagi seseorang yang bermastautin di Malaysia daripada perniagaannya bagi tempoh asas bagi suatu tahun taksiran, suatu potongan hendaklah dibenarkan bagi apa-apa belanja pasti dan perbelanjaan yang diperihalkan dalam subkaedah (2) yang dilakukan oleh orang itu dalam tempoh asas itu bagi menjalankan suatu program latihan yang diluluskan.

(2)

Belanja pasti dan perbelanjaan yang disebut dalam subkaedah (1) ialah—

(a)

elaun latihan bulanan sekurang-kurangnya lima ratus ringgit

(RM500) yang dibayar kepada pelajar;

4

(b)

perbelanjaan yang dilakukan bagi penyediaan latihan kepada pelajar;

(c)

perbelanjaan yang dilakukan bagi makanan, perjalanan dan kemudahan kepada pelajar semasa menjalani program latihan itu;

dan

(d)

fi yang dibayar kepada seseorang yang telah dilantik untuk menjalankan suatu program latihan yang diluluskan.

(3)

Jumlah amaun potongan yang dibenarkan di bawah perenggan (2)(b), (c)

dan (d) bagi setiap pelajar hendaklah tidak melebihi lima ribu ringgit bagi suatu tahun taksiran.

(4)

Amaun potongan yang dibenarkan di bawah subkaedah (1) hendaklah bersamaan dengan dua kali ganda amaun belanja pasti dan perbelanjaan yang dibenarkan di bawah Kaedah-Kaedah ini.

(5)

Bagi maksud untuk layak kepada potongan di bawah Kaedah-Kaedah ini, orang yang menuntut potongan itu hendaklah mengemukakan surat daripada Talent

Corporation Malaysia Berhad yang mengesahkan bahawa program latihan yang dijalankan itu ialah suatu program latihan yang diluluskan.

Dibuat 20 April 2012

[Perb.CR(8.09)294/6/4-9(SJ.9)(2012)(SK.1);LHDN.01/35/(S)/42/51/231-17.13;PN(PU2) 80/LXIV]

DATO’ SERI AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH

Menteri Kewangan Kedua

[Akan dibentangkan di Dewan Rakyat menurut subseksyen 154(2) Akta Cukai Pendapatan 1967]

5

INCOME TAX ACT 1967

INCOME TAX (DEDUCTION FOR EXPENDITURE INCURRED FOR THE PROVISION OF AN

APPROVED INTERNSHIP PROGRAMME) RULES 2012

Section 3 — KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI PERBELANJAAN YANG DILAKUKAN BAGI PENYEDIAAN PROGRAM LATIHAN YANG DILULUSKAN) 2012