Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Dalam Kaedah-Kaedah ini—
“institusi pendidikan tinggi” ertinya suatu institusi di Malaysia, yang ditubuhkan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 [Akta 30], Akta Universiti Teknologi
MARA 1976 [Akta 173] atau Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 [Akta 555] dan berdaftar dengan Kementerian Pendidikan, Malaysia;
3
“kursus yang layak” ertinya suatu program vokasional (minimum Sijil Kemahiran
Malaysia
Tahap 3)
yang diiktiraf oleh
Agensi
Kelayakan
Malaysia atau
Jabatan Pembangunan Kemahiran;
“orang yang layak” ertinya seseorang yang bermastautin di Malaysia dan diluluskan oleh Talent Corporation Malaysia Berhad untuk menjalankan suatu program latihan yang diluluskan;
“pelajar” ertinya—
(a)
seseorang individu yang merupakan warganegara Malaysia; dan
(b)
berhubungan dengan—
(i)
institusi pendidikan tinggi, seseorang individu—
yang mengikuti suatu program diploma atau ijazah secara sepenuh masa di suatu institusi pendidikan tinggi; dan yang menamatkan program latihan yang diluluskan sebelum selesai semester akhir program diploma atau ijazahnya; atau
(ii)
kursus yang layak, seseorang individu—
yang mengikuti suatu kursus yang layak secara sepenuh masa; dan yang menamatkan program latihan yang diluluskan sebelum selesai semester akhir kursus yang layaknya;
4
“program latihan yang diluluskan” ertinya suatu program latihan berstruktur di Malaysia yang dijalankan bagi tempoh minimum sepuluh minggu sebagaimana yang diluluskan oleh
Talent
Corporation
Malaysia
Berhad dengan kerjasama
Kementerian Pendidikan, Malaysia yang memberi pengalaman praktikal dan menekankan pembangunan pengetahuan atau kemahiran khusus, termasuk tetapi tidak terhad kepada teknikal, komunikasi atau perniagaan, bagi pelajar; dan
“Talent Corporation Malaysia Berhad” ertinya suatu syarikat berhad menurut jaminan yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777] untuk memulakan dan memudahkan inisiatif yang menumpukan kepada keperluan bakat di Malaysia.
Potongan