Malaysia legislation

Section 3

of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI PERBELANJAAN YANG DILAKUKAN BAGI PENYEDIAAN PROGRAM LATIHAN YANG DILULUSKAN) (PINDAAN) 2023

Seksyen 3

Pindaan kaedah 3

(a)

dalam takrif “institusi pendidikan tinggi”, dengan menggantikan perkataan “Kementerian Pendidikan, Malaysia” dengan perkataan

“Kementerian Pengajian Tinggi, Malaysia atau institusi pendidikan luar Malaysia yang diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi,

Malaysia”;

(b)

dengan menggantikan takrif “kursus yang layak” dengan takrif yang berikut:

P.U. (A) 188 3

‘ “kursus yang layak” ertinya suatu program pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (minimum Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1) atau yang setaraf dengannya yang ditawarkan dalam atau luar Malaysia dan diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia atau

Jabatan Pembangunan Kemahiran’;

(c)

dalam takrif “pelajar”—

(i)

dalam subsubperenggan (b)(i)(A), dengan menggantikan perkataan

“diploma atau ijazah” dengan perkataan “diploma, ijazah

Sarjana Muda atau ijazah Sarjana atau yang setaraf dengannya, atau sijil profesional”; dan

(ii)

dalam subsubperenggan (b)(i)(B), dengan menggantikan perkataan

“diploma atau ijazahnya” dengan perkataan “diploma, ijazah

Sarjana Muda atau ijazah Sarjana atau yang setaraf dengannya, atau sijil profesionalnya”; dan

(d)

dalam takrif “program latihan yang diluluskan” dengan menggantikan perkataan “Kementerian Pendidikan, Malaysia” dengan perkataan

“Kementerian yang berkaitan”.

Pindaan kaedah 4

Section 3 — KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI PERBELANJAAN YANG DILAKUKAN BAGI PENYEDIAAN PROGRAM LATIHAN YANG DILULUSKAN) (PINDAAN) 2023