Malaysia legislation

Section 2

of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI PROMOSI SEKOLAH ANTARABANGSA ATAU SWASTA) 2012

Seksyen 2

Kaedah-Kaedah ini hendaklah terpakai bagi—

(a)

suatu sekolah antarabangsa atau swasta yang merupakan—

(i)

suatu syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965

[Akta 125]; atau

(ii)

suatu pertubuhan yang ditubuhkan dan didaftarkan di bawah Akta

Pertubuhan 1966 [Akta 335];

yang bermastautin di Malaysia dan berdaftar dengan Kementerian

Pelajaran Malaysia dan telah mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian itu di bawah Akta Pendidikan 1996

[Akta 550];

(b)

suatu sekolah antarabangsa atau swasta yang menjalankan perniagaan penyediaan pendidikan di suatu sekolah yang terletak di Malaysia dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran; dan

P.U. (A) 110 3

(c)

suatu sekolah antarabangsa atau swasta yang tidak layak untuk suatu potongan di bawah Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi

Promosi Eksport Perkhidmatan) 1999 [P.U. (A) 193/1999].

Potongan

Section 2 — KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI PROMOSI SEKOLAH ANTARABANGSA ATAU SWASTA) 2012