Malaysia legislation
Section 3
of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI PROMOSI SEKOLAH ANTARABANGSA ATAU SWASTA) 2012
Seksyen 3
(a)
oleh sekolah itu, dalam tempoh asas itu, berkenaan dengan perniagaan itu; dan
(b)
terutamanya dan khususnya bagi maksud mempromosikan sekolah antarabangsa atau swastanya yang dijalankan dan terletak di
Malaysia.
(2)
Belanja pasti dan perbelanjaan yang disebutkan dalam subkaedah (1) ialah—
(a)
perbelanjaan yang dilakukan berkenaan dengan penyelidikan pasaran bagi pendidikan sekolah antarabangsa atau swasta;
(b)
perbelanjaan yang dilakukan berkenaan dengan penyediaan maklumat teknikal kepada seseorang di luar Malaysia yang berhubungan dengan perkhidmatan yang disediakan oleh sekolah itu di Malaysia;
(c)
perbelanjaan berkenaan dengan perjalanan ke suatu negara di luar
Malaysia oleh seorang wakil sekolah itu (tidak lebih daripada tiga orang) bagi maksud menyertai pameran pendidikan yang diadakan di luar Malaysia dan diluluskan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia dan perbelanjaan sebenar itu tertakluk kepada
P.U. (A) 110 4
(i)
tambang kapal terbang kelas ekonomi;
(ii)
maksimum sebanyak tiga ratus ringgit sehari untuk penginapan; dan
(iii)
maksimum sebanyak satu ratus lima puluh ringgit sehari untuk makanan, bagi keseluruhan tempoh bermula dari tarikh wakil itu bertolak dari Malaysia dan berakhir pada tarikh dia kembali ke Malaysia;
(d)
perbelanjaan yang secara langsung dilakukan bagi menyertai pameran pendidikan yang diadakan di luar Malaysia dan diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia selain daripada perbelanjaan yang dinyatakan dalam perenggan (2)(c); atau
(e)
perbelanjaan yang dilakukan berkenaan dengan publisiti dan iklan dalam apa-apa media di luar Malaysia bagi mempromosikan sekolah antarabangsa atau swasta di Malaysia.
(3)
Jumlah keseluruhan potongan yang dibenarkan di bawah subkaedah (2) bagi maksud menyertai pameran pendidikan yang diadakan di luar Malaysia hendaklah merupakan tambahan kepada apa-apa potongan yang boleh dibenarkan di bawah seksyen 33 Akta dan hendaklah tidak melebihi satu ratus ribu ringgit bagi setiap tahun taksiran.
(4)
Tiada apa-apa potongan boleh dibenarkan di bawah Kaedah-Kaedah ini berkenaan dengan apa-apa belanja pasti, perbelanjaan atau bayaran lain yang—
(a)
dari jenis yang disebut dalam subseksyen 39(1) Akta; atau
(b)
dilakukan oleh suatu sekolah antarabangsa atau swasta yang mempunyai tempat perniagaan dan tertakluk kepada cukai di
P.U. (A) 110 5
dalam negara yang belanja pasti dan perbelanjaan itu dilakukan.
(5)
Jika amaun apa-apa belanja pasti dan perbelanjaan, yang keseluruhannya akan boleh dibenarkan sebagai potongan di bawah Kaedah-Kaedah ini jika tidak kerana subkaedah ini, melebihi amaun yang pada pendapat Ketua Pengarah semunasabahnya dijangkakan akan dilakukan mengikut perjalanan biasa perniagaan itu, yang berkenaan dengannya belanja pasti dan perbelanjaan itu telah dilakukan, maka Ketua Pengarah boleh setakat yang berlebihan itu tidak membenarkan amaun itu sebagai potongan di bawah Kaedah-Kaedah ini.
(6)
Bagi maksud subkaedah (1), jika dua tempoh asas bertindih, tempoh yang sama dalam kedua-dua tempoh itu hendaklah disifatkan sebagai termasuk dalam tempoh asas yang pertama itu sahaja.
Dibuat 17 April 2012
[CR(8.09)294/6/4-9 (SJ.9)(2012)(SK.2); LHDN. 01/35/(S)/42/51/231-17.13; PN(PU2)80/LXIV]
DATO’ SERI AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH
Menteri Kewangan Kedua
[Akan dibentangkan di Dewan Rakyat menurut subseksyen 154(2) Akta Cukai Pendapatan 1967]
P.U. (A) 110 6
INCOME TAX ACT 1967
INCOME TAX (DEDUCTION FOR PROMOTION OF INTERNATIONAL OR PRIVATE
SCHOOL) RULES 2012