Malaysia legislation

Section 3

of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI SUMBANGAN TUNAI KEPADA DANA BANTUAN PELAJAR MISKIN 1MALAYSIA) 2013

Seksyen 3

Potongan

(1)

Orang yang berikut yang telah membuat sumbangan tunai kepada Dana

Bantuan Pelajar Miskin 1Malaysia layak dibenarkan suatu potongan daripada puncanya:

(a)

seorang pemastautin di Malaysia yang mempunyai—

P.U. (A) 340 3

(i)

punca pendapatan yang terdiri daripada perniagaan sahaja; atau

(ii)

punca pendapatan yang terdiri daripada gabungan perniagaan dan punca pendapatan yang lain;

(b)

suatu syarikat yang diperbadankan di Malaysia di bawah

Akta Syarikat 1965 [Akta 125];

(c)

suatu perkongsian liabiliti terhad yang ditubuhkan di bawah

Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 [Akta 743]; atau

(d)

suatu pertubuhan koperasi yang didaftarkan di bawah Akta

Koperasi 1993 [Akta 502].

(2)

Bagi menentukan pendapatan larasan orang yang layak daripada puncanya yang terdiri daripada perniagaan dalam tempoh asas bagi tahun taksiran, hendaklah dikira potongan yang dibenarkan bagi sumbangan tunai yang dibuat oleh orang yang layak itu kepada Dana Bantuan Pelajar Miskin 1Malaysia.

(3)

Amaun potongan yang dibenarkan di bawah subkaedah (2) hendaklah bersamaan dengan dua kali amaun sebenar sumbangan tunai yang disebut dalam subkaedah (2).

(4)

Orang yang layak yang menuntut potongan di bawah Kaedah-Kaedah ini hendaklah menyimpan resit rasmi daripada Perbadanan Tabung Pendidikan

Tinggi Nasional yang menentusahkan amaun sumbangan, dan tarikh sumbangan dibayar.

P.U. (A) 340 4

Ketidaklayakan untuk mendapat potongan

Section 3 — KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI SUMBANGAN TUNAI KEPADA DANA BANTUAN PELAJAR MISKIN 1MALAYSIA) 2013