Malaysia legislation

Section 7

of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN DARIPADA SARAAN) (PINDAAN) (NO. 2) 2014

Seksyen 7

Penggantian Jadual

Kaedah-Kaedah ibu dipinda dengan menggantikan Jadual dengan Jadual yang berikut:

“JADUAL

[Kaedah 3]

Tafsiran 1.

Dalam Jadual ini—

“Jadual Potongan Cukai Bulanan” ertinya Jadual Potongan Cukai Bulanan yang dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia bagi majikan yang tidak menggunakan Pengiraan Berkomputer;

“Pengiraan Berkomputer” ertinya suatu kaedah yang digunakan oleh majikan untuk menentukan Potongan Cukai Bulanan

(a)

dengan menggunakan sistem yang dibangunkan oleh Lembaga Hasil

Dalam Negeri Malaysia; atau

(b)

dengan menggunakan sistem pembayaran gaji berkomputer yang disediakan oleh pembekal perisian atau yang dibangunkan atau diubah suai oleh majikan, mengikut spesifikasi yang ditentukan dan disahkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia;

P.U. (A) 362 4

“Potongan Cukai Bulanan” ertinya potongan cukai pendapatan daripada saraan bulanan semasa pekerja mengikut formula yang dinyatakan dalam Jadual ini;

“saraan biasa” ertinya saraan bulanan tetap yang dibayar kepada pekerja sama ada amaun yang dibayar adalah tetap atau berubah-ubah sebagaimana yang dinyatakan dalam kontrak perkhidmatan secara bertulis atau sebaliknya;

“saraan tambahan” ertinya apa-apa bayaran tambahan kepada saraan biasa bulan semasa yang dibayar kepada pekerja sama ada secara sekaligus, berkala, tertunggak atau bayaran yang tidak tetap.

Penentuan amaun Potongan Cukai Bulanan 2.

(1)

Amaun Potongan Cukai Bulanan ditentukan berdasarkan—

(a)

Paragraph
Section 7 — KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN DARIPADA SARAAN) (PINDAAN) (NO. 2) 2014