Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Potongan
(1)
Bagi maksud menentukan pendapatan larasan tuan tanah daripada pendapatan sewanya di bawah perenggan 4(a) atau (d) Akta dalam suatu tempoh asas bagi suatu tahun taksiran, suatu potongan hendaklah dibenarkan bagi suatu amaun bersamaan dengan jumlah amaun pengurangan sewa yang tidak kurang daripada tiga puluh peratus daripada kadar sewa bulanan di bawah perjanjian sewa sedia ada bagi suatu premis perniagaan bagi setiap bulan yang layak.
(2)
Bagi maksud kelayakan bagi potongan di bawah Kaedah-Kaedah ini, tuan tanah hendaklah menyimpan—
(a)
perjanjian penyewaan yang disetemkan di bawah
Akta Setem 1949 [Akta 378];
(b)
suatu penyata pendapatan yang berasingan bagi pendapatan sewa bagi bulan yang layak dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran;
(c)
suatu pengesahan yang dibuat oleh—
(i)
tuan tanah menyatakan amaun pemberian pengurangan sewa; dan
(ii)
penyewa menyatakan penerimaan pengurangan sewa.
Pendahuluan sewa