Malaysia legislation

Section 2

of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN KHAS BAGI PENGURANGAN SEWA KEPADA PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA) 2021

Seksyen 2

Dalam Kaedah-Kaedah ini—

“bulan yang layak” ertinya bulan April tahun 2020 hingga Disember tahun 2021;

“tuan tanah” ertinya mana-mana orang yang menyewakan suatu premis perniagaan kepada perusahaan kecil dan sederhana;

“perusahaan kecil dan sederhana” ertinya suatu perusahaan kecil dan sederhana yang bermastautin di Malaysia dan diperakui sebagai suatu perusahaan kecil dan sederhana oleh SME Corp. Malaysia;

“premis perniagaan” ertinya premis yang digunakan oleh perusahaan kecil dan sederhana hanya bagi maksud perniagaannya dan termasuk suatu lot bazar, gerai, parkir kenderaan, gudang penyimpanan atau mana-mana tempat yang digunakan hanya bagi maksud perniagaan;

P.U. (A) 353 3

“SME

Corp.

Malaysia”

ertinya

Perbadanan

Perusahaan

Kecil dan

Sederhana Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3 Akta Perbadanan

Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana 1995 [Akta 539].

Section 2 — KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN KHAS BAGI PENGURANGAN SEWA KEPADA PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA) 2021