Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
(1)
Bagi maksud menentukan pendapatan larasan orang yang layak daripada perniagaannya dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran, suatu potongan hendaklah dibenarkan bagi kos bagi penempatan semula perniagaan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual yang dilakukan oleh orang yang layak itu untuk menempatkan semula perniagaannya di Pulau 1 Zon Kewangan Khas Forest City.
(2)
Kos bagi penempatan semula perniagaan yang disebut dalam subkaedah (1) adalah tertakluk kepada syarat yang berikut:
(a)
penempatan semula perniagaan itu dibuat dalam tempoh mulai 1 September 2024 hingga 31 Disember 2034;
(b)
kos bagi penempatan semula perniagaan itu hendaklah disifatkan telah dilakukan pada tahun taksiran yang orang yang layak itu mula menjalankan semua atau sebahagian daripada perniagaannya di Pulau 1 Zon Kewangan Khas Forest City; dan
(c)
kos bagi penempatan semula perniagaan itu diperakui oleh juruaudit luar.
(3)
Potongan di bawah subkaedah
(1)
tidak boleh melebihi lima ratus ribu ringgit.