Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Program Latihan—
(1)
Bagi maksud menentukan suatu pendapatan larasan bagi suatu syarikat yang layak di Malaysia daripada perniagaannya dalam suatu tempoh asas bagi suatu tahun taksiran, suatu potongan hendaklah dibenarkan bagi apa-apa belanja pasti dan perbelanjaan yang diperihalkan dalam subkaedah (2) yang dilakukan oleh syarikat yang layak itu dalam tempoh asas itu bagi mengendalikan Program Latihan itu.
(2)
Belanja pasti dan perbelanjaan yang disebut dalam subkaedah (1) bagi setiap Program Latihan adalah seperti yang berikut:
(a)
elaun latihan bulanan yang tidak kurang daripada satu ribu ringgit yang dibayar kepada pelatih bagi suatu tempoh maksimum selama dua belas bulan;
(b)
perbelanjaan yang dilakukan bagi latihan yang disediakan kepada pelatih;
(c)
perbelanjaan yang dilakukan bagi elaun makanan, perjalanan dan tempat tinggal pelatih semasa Program Latihan itu; dan
(d)
fi yang dibayar kepada seseorang yang telah dilantik untuk mengendalikan latihan kemahiran insaniah di bawah
Program Latihan itu.
P.U. (A) 228 4
(3)
Jumlah amaun potongan yang boleh dibenarkan di bawah perenggan (2)(b), (c) dan (d) bagi setiap pelatih tidak boleh melebihi lima ribu ringgit bagi setiap Program Latihan.
(4)
Amaun potongan yang dibenarkan di bawah subkaedah (1) hendaklah bersamaan dengan dua kali amaun belanja pasti dan perbelanjaan yang dibenarkan di bawah Kaedah-Kaedah ini.
(5)
Bagi maksud kelayakan bagi potongan di bawah Kaedah-Kaedah ini, syarikat yang layak menuntut potongan itu hendaklah mengemukakan pengesahan daripada
Kementerian
Pembangunan
Usahawan dan
Koperasi yang menyatakan bahawa—
(a)
Program Latihan itu telah diluluskan dan tarikh kelulusan mulai 11 September 2019 hingga 31 Disember 2025; dan
(b)
pelaksanaan Program Latihan itu hendaklah bermula dalam masa dua belas bulan dari tarikh kelulusan bagi Program Latihan itu.
Pembatalan