Malaysia legislation

Section 2

of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN PELABURAN DALAM PROJEK BAHARU PENGELUARAN BAHAN MAKANAN ATAU PROJEK PEMBESARAN) 2020

Seksyen 2

Bagi maksud Kaedah-Kaedah ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“pelaburan” ertinya suatu pelaburan dalam bentuk wang tunai atau pegangan modal syer berbayar berkenaan dengan saham biasa dalam suatu syarikat berkaitan;

“syarikat berkaitan” ertinya suatu syarikat yang diperbadankan di bawah

Akta Syarikat 2016 [Akta 777] yang sekurang-kurangnya tujuh puluh peratus daripada modal syer berbayarnya berkenaan dengan saham biasa adalah dimiliki terus oleh suatu syarikat yang membuat pelaburan bagi maksud suatu projek baharu pengeluaran bahan makanan atau suatu projek pembesaran.

Section 2 — KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN PELABURAN DALAM PROJEK BAHARU PENGELUARAN BAHAN MAKANAN ATAU PROJEK PEMBESARAN) 2020