Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
P.U. (A) 374 3
(1)
Bagi maksud menentukan pendapatan larasan suatu syarikat daripada perniagaannya, maka hendaklah dibenarkan sebagai suatu potongan dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran suatu amaun yang bersamaan dengan nilai pelaburan bagi maksud semata-mata membiayai projek yang disebut dalam perenggan 3(a) yang dilaksanakan oleh syarikat berkaitan.
(2)
Nilai pelaburan yang disebut dalam subkaedah (1) yang dituntut sebagai suatu potongan—
(a)
hendaklah bersamaan dengan perbelanjaan yang dilakukan oleh syarikat berkaitan itu dalam tempoh asas bagi tahun taksiran yang sama;
(b)
hendaklah dibuat bagi suatu tempoh dan pada takat suatu amaun yang diluluskan oleh
Menteri melalui
Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi projek itu; dan
(c)
tidak dilupuskan dalam tempoh lima tahun dari tarikh akhir pelaburan itu dibuat jika pelaburan itu adalah dalam bentuk pegangan modal syer berbayar berkenaan dengan saham biasa.
P.U. (A) 374 4
(3)
Tertakluk kepada subkaedah (4) dan (5), jika syarikat itu telah membuat suatu pelaburan dalam bentuk pegangan modal syer berbayar berkenaan dengan saham biasa dan telah menuntut suatu potongan berkenaan dengan pelaburan itu di bawah subkaedah (1) menerima amaun itu sebagai balasan bagi pelupusan saham itu, amaun yang diterima oleh syarikat itu hendaklah ditambah dalam menentukan pendapatan larasannya bagi tahun taksiran dalam tempoh asas amaun yang diterima itu.
(4)
Amaun yang disebut dalam subkaedah (3) tidak boleh melebihi jumlah keseluruhan potongan yang dibenarkan berhubung dengan pelaburan itu.
(5)
Subkaedah (3) tidak terpakai jika pelupusan saham yang disebut dalam subkaedah (3) berlaku selepas lima tahun dari tarikh akhir pelaburan dalam bentuk modal syer berbayar berkenaan dengan saham biasa yang dibuat dalam syarikat berkaitan.
Pemberhentian potongan