Malaysia legislation

Section 2

of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (SEKATAN KE ATAS KEBOLEHPOTONGAN FAEDAH) 2019

Seksyen 2

(1)

Kaedah-Kaedah ini terpakai—

(a)

bagi orang yang telah diberikan apa-apa bantuan kewangan dalam transaksi terkawal dan jumlah amaun apa-apa perbelanjaan faedah bagi semua bantuan kewangan itu melebihi lima ratus ribu ringgit

(RM500,000.00) dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran; dan

(b)

berkenaan dengan tempoh asas yang bermula pada atau selepas 1 Julai 2019 dan tempoh-tempoh asas yang berikutnya.

(2)

Jika Ketua Pengarah mengarahkan bahawa tempoh asas bagi suatu tahun taksiran hendaklah terdiri daripada suatu tempoh atau tempoh-tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam arahan itu, jumlah amaun perbelanjaan faedah bagi bantuan kewangan itu bagi tempoh atau tempoh-tempoh itu hendaklah disifatkan sebagai terakru sama rata sepanjang tempoh atau tempoh-tempoh itu.

(3)

Walau apa pun subkaedah (1), Kaedah-Kaedah ini tidak terpakai bagi—

(a)

seorang individu

P.U. (A) 175 3

(b)

suatu bank berlesen, bank pelaburan berlesen, penanggung insurans berlesen dan penanggung insurans semula profesional sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Perkhidmatan

Kewangan 2013 [Akta 758];

(c)

suatu bank Islam berlesen, pengendali takaful berlesen dan pengendali takaful semula profesional sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013

[Akta 759];

(d)

suatu bank Labuan dan bank pelaburan Labuan yang dilesenkan di bawah Bahagian VI Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti

Labuan 2010 [Akta 704];

(e)

suatu bank Islam Labuan dan bank pelaburan Islam Labuan yang dilesenkan di bawah Bahagian VI Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010 [Akta 705];

(f)

seorang penanggung insurans Labuan dan penanggung insurans semula termasuk perniagaan insurans kaptif Labuan yang dilesenkan di bawah Bahagian VII Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010;

(g)

seorang pengendali takaful Labuan dan pengendali takaful semula

Labuan termasuk perniagaan takaful kaptif Labuan yang dilesenkan di bawah Bahagian VII Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti

Islam Labuan 2010;

(h)

suatu institusi kewangan pembangunan sebagaimana yang ditetapkan di bawah Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002

[Akta 618];

P.U. (A) 175 4

(i)

seorang kontraktor pembinaan sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Peraturan-Peraturan Cukai Pendapatan

(Kontrak Pembinaan) 2007 [P.U. (A) 276/2007];

(j)

seorang pemaju harta sebagaimana yang ditakrifkan di bawah

Peraturan-Peraturan Cukai Pendapatan (Pemajuan Harta) 2007

[P.U. (A) 277/2007];

(k)

seseorang yang telah diberikan pengecualian di bawah perenggan 127(3)(b) atau subseksyen 127(3A) Akta berkenaan dengan pendapatan larasan orang itu.

Tafsiran

Section 2 — KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (SEKATAN KE ATAS KEBOLEHPOTONGAN FAEDAH) 2019