Malaysia legislation
Section 5
of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (SEKATAN KE ATAS KEBOLEHPOTONGAN FAEDAH) 2019
Seksyen 5
Penentuan cukai-EBITDA
(1)
Amaun cukai-EBITDA hendaklah ditentukan mengikut formula yang berikut:
P.U. (A) 175 5
A + B + C iaitu
A ialah amaun pendapatan larasan orang itu daripada sumbernya yang terdiri daripada perniagaan bagi tempoh asas bagi suatu tahun taksiran sebelum apa-apa sekatan ke atas kebolehpotongan faedah di bawah seksyen 140C Akta dibuat;
B ialah jumlah amaun potongan kelayakan yang dibenarkan dalam menentukan amaun pendapatan larasan dalam A;
C ialah jumlah amaun perbelanjaan faedah yang dilakukan berhubung dengan pendapatan kasar orang itu bagi apa-apa bantuan kewangan dalam transaksi terkawal daripada puncanya yang terdiri daripada perniagaan bagi tempoh asas bagi suatu tahun taksiran.
(2)
Dalam kaedah ini, “potongan kelayakan” ertinya—
(a)
suatu amaun yang bersamaan dengan amaun perbelanjaan yang dilakukan oleh orang itu yang dihitung dalam apa-apa potongan yang kena dibuat di bawah Akta yang amaun potongan itu ialah dua kali ganda amaun perbelanjaan yang dilakukan oleh orang itu;
(b)
apa-apa tuntutan bagi potongan di bawah mana-mana kaedah-kaedah yang dibuat di bawah perenggan 154(1)(b) Akta yang potongan itu dibenarkan bagi maksud menentukan pendapatan larasan orang itu.
P.U. (A) 175 6
Bawa ke depan perbelanjaan faedah