Malaysia legislation

Section 6

of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (SEKATAN KE ATAS KEBOLEHPOTONGAN FAEDAH) 2019

Seksyen 6

(1)

Tertakluk kepada subkaedah (2), dalam hal suatu syarikat, jika syarikat itu mempunyai perbelanjaan faedah yang melebihi amaun faedah maksimum sebagaimana yang ditentukan di bawah kaedah 4 bagi tempoh asas bagi suatu tahun taksiran, amaun lebihan itu hendaklah dibenarkan untuk dibawa ke depan dan dipotong terhadap pendapatan larasan syarikat itu bagi tahun-tahun taksiran yang berikutnya tertakluk kepada amaun faedah maksimum yang ditentukan di bawah kaedah 4 bagi tahun taksiran yang berkenaan walaupun syarikat itu tiada perbelanjaan faedah bagi mana-mana tahun taksiran yang berikutnya, sehingga keseluruhan amaun lebihan itu telah digunakan sepenuhnya.

(2)

Lebihan amaun faedah maksimum bagi tempoh asas bagi suatu tahun taksiran dan apa-apa lebihan amaun faedah maksimum yang dibawa ke depan daripada mana-mana tahun taksiran tertentu sebelum tahun itu hendaklah dibenarkan untuk dibawa ke depan jika Ketua Pengarah berpuas hati bahawa pemegang syer syarikat itu pada hari pertama dan hari terakhir tempoh asas bagi tahun taksiran selepas tahun taksiran yang amaun itu ditentukan adalah sebahagian besarnya sama.

(3)

Bagi maksud subkaedah (2)—

(a)

pemegang syer syarikat itu pada mana-mana tarikh adalah sebahagian besarnya sama dengan pemegang syer pada mana-mana tarikh lain jika pada kedua-dua tarikh tersebut—

(i)

lebih daripada lima puluh peratus modal berbayar berkenaan dengan syer biasa syarikat itu dipegang oleh atau bagi pihak orang yang sama; dan

(ii)

lebih daripada lima puluh peratus nilai syer yang diumpukkan berkenaan dengan syer biasa dalam syarikat itu dipegang oleh atau bagi pihak orang yang sama; dan

P.U. (A) 175 7

(b)

syer dalam syarikat itu yang dipegang oleh atau bagi pihak syarikat yang lain hendaklah disifatkan sebagai dipegang oleh pemegang syer syarikat yang terakhir disebut.

(4)

Dalam subkaedah (3), “syer biasa” ertinya apa-apa syer selain suatu syer yang hanya membawa hak bagi apa-apa dividen yang merupakan—

(a)

suatu amaun tetap atau pada suatu kadar tetap peratus nilai syer itu; atau

(b)

suatu kadar tetap peratus keuntungan syarikat itu.

Dibuat 24 Jun 2019

[Perb.MOF.TAX(S)700-2/3/49; PN(PU2)80/XCIV]

LIM GUAN ENG

Menteri Kewangan

[Akan dibentangkan di

Dewan

Rakyat menurut subseksyen 154(2)

Akta Cukai Pendapatan 1967]

P.U. (A) 175 8

INCOME TAX ACT 1967

INCOME TAX (RESTRICTION ON DEDUCTIBILITY OF INTEREST) RULES 2019

Section 6 — KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (SEKATAN KE ATAS KEBOLEHPOTONGAN FAEDAH) 2019