Malaysia legislation

Section 3

of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (SKIM INSENTIF HAB PRINSIPAL) 2022

Seksyen 3

Tafsiran

“aktiviti yang layak” ertinya suatu aktiviti yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan oleh Menteri sebagaimana yang diperuntukkan di bawah kaedah 4;

“Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia” ertinya Lembaga Pembangunan

Pelaburan Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Pembangunan Pelaburan

Malaysia (Pemerbadanan) 1965 [Akta 397];

“Skim Insentif Hab Prinsipal” ertinya suatu skim insentif bagi syarikat yang layak yang menjalankan aktiviti yang layak dan diluluskan oleh Menteri;

3

“syarikat baharu” ertinya suatu syarikat—

(a)

yang diperbadankan di bawah

Akta

Syarikat 2016

[Akta 777] dan bermastautin di Malaysia;

(b)

yang mempunyai modal berbayar melebihi dua juta lima ratus ribu ringgit (RM2,500,000.00); dan

(c)

yang ditubuhkan bagi maksud menjalankan aktiviti yang layak di bawah Kaedah-Kaedah ini—

(i)

yang tidak mempunyai entiti sedia ada atau entiti berkaitan di Malaysia sebelum permohonan yang disebut dalam kaedah 2 dibuat; atau

(ii)

yang mempunyai entiti sedia ada atau entiti berkaitan di Malaysia yang belum menjalankan aktiviti yang layak di Malaysia sebelum permohonan yang disebut dalam kaedah 2 dibuat;

“syarikat sedia ada” ertinya suatu syarikat—

(a)

yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 dan bermastautin di Malaysia;

(b)

yang sedang beroperasi di Malaysia dan menjalankan aktiviti pengilangan atau perkhidmatan selain daripada aktiviti yang layak sebelum permohonan yang disebut dalam kaedah 2 dibuat; dan

(c)

yang mempunyai modal berbayar melebihi dua juta lima ratus ribu ringgit (RM2,500,000.00);

4

“syarikat yang layak” ertinya suatu syarikat baharu atau syarikat sedia ada yang memenuhi syarat kelayakan yang dikenakan oleh Menteri di bawah Akta dan

Kaedah-Kaedah ini.

Aktiviti yang layak

Section 3 — KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (SKIM INSENTIF HAB PRINSIPAL) 2022