Malaysia legislation

Section 6

of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (SKIM INSENTIF HAB PRINSIPAL) 2022

Seksyen 6

Pendapatan harta intelek tidak diambil kira

(1)

Dalam menentukan pendapatan berkanun suatu syarikat yang layak, pendapatan harta intelek yang diperoleh daripada aktiviti yang layak syarikat yang layak hendaklah tidak diambil kira.

(2)

Bagi maksud subkaedah (1)—

(a)

suatu syarikat yang layak memiliki hak harta intelek jika syarikat yang layak itu ialah pemilik atau pemegang lesen hak itu;

(b)

royalti atau pendapatan lain diperoleh daripada hak harta intelek jika ia boleh diterima sebagai balasan bagi pengeksploitan secara komersial hak itu; dan

(c)

“hak harta intelek” ertinya suatu hak yang timbul daripada apa-apa paten, penemuan dan inovasi utiliti, hak cipta, cap dagangan dan cap perkhidmatan, reka bentuk industri, reka bentuk susun atur

5

litar bersepadu, kepandaian dan proses atau formula rahsia, petunjuk geografi dan pemberian geran perlindungan varieti tumbuhan, dan hak-hak lain yang serupa, sama ada yang berdaftar atau boleh daftar.

(3)

Pendapatan harta intelek yang disebut dalam subkaedah (1) adalah tertakluk kepada cukai di bawah Akta.

Tahun taksiran yang ditentukan

Section 6 — KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (SKIM INSENTIF HAB PRINSIPAL) 2022