Malaysia legislation

Section 9

of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (SKIM INSENTIF HAB PRINSIPAL) 2022

Seksyen 9

Pelanjutan tahun taksiran yang ditentukan bagi suatu syarikat baharu

(1)

Menteri boleh melanjutkan tahun taksiran yang ditentukan bagi suatu syarikat baharu bagi tempoh lima tahun taksiran lagi tertakluk kepada syarikat baharu itu memenuhi semua syarat sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual 3 dan apa-apa syarat lain yang dikenakan oleh Menteri sebagaimana yang dinyatakan dalam surat kelulusan.

(2)

Permohonan bagi pelanjutan tahun taksiran yang ditentukan hendaklah dibuat oleh syarikat baharu secara bertulis dan diterima oleh Menteri melalui Lembaga

Pembangunan Pelaburan Malaysia dalam tempoh tiga puluh hari sebelum tamat tahun taksiran yang ditentukan.

6

(3)

Pelanjutan tahun taksiran yang ditentukan hendaklah bermula dari tahun taksiran yang berikutnya selepas tamat tahun taksiran yang ditentukan dan berterusan selama tempoh lima tahun taksiran.

Penyerahan Skim Insentif Hab Prinsipal

Section 9 — KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (SKIM INSENTIF HAB PRINSIPAL) 2022