Malaysia legislation
Section 3
of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (SKIM INSENTIF KHAS NEGERI KELANTAN) 2025
Seksyen 3
P.U. (A) 269 4
Orang yang layak 3.
(1)
Orang yang layak di bawah Kaedah-Kaedah ini ialah suatu badan yang bermastautin di Malaysia yang merupakan—
(a)
suatu syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016
[Akta 777] yang mempunyai modal berbayar berkenaan dengan syer biasa melebihi dua juta lima ratus ribu ringgit;
(b)
suatu koperasi berasaskan pertanian;
(c)
suatu Pertubuhan Peladang;
(d)
suatu Persatuan Nelayan;
(e)
suatu persatuan yang semata-mata terlibat dalam pertanian;
(f)
suatu syarikat yang diperbadankan di Malaysia yang mempunyai modal berbayar berkenaan dengan syer biasa dua juta lima ratus ribu ringgit atau kurang pada permulaan tempoh asas bagi suatu tahun taksiran dan pendapatan kasar daripada suatu punca atau punca lain perniagaannya tidak melebihi lima puluh juta ringgit dalam tempoh asas bagi tahun taksiran itu sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 2A, 2B dan 2C Bahagian 1 Jadual 1
kepada Akta; atau
(g)
suatu perkongsian liabiliti terhad yang mempunyai jumlah sumbangan modal, sama ada dalam bentuk tunai atau barang-barang, dua juta lima ratus ribu ringgit atau kurang pada permulaan tempoh asas bagi suatu tahun taksiran dan pendapatan kasar daripada suatu punca atau punca lain perniagaannya tidak melebihi lima puluh juta ringgit dalam tempoh asas bagi tahun taksiran itu sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 2D, 2E dan 2F Bahagian 1 Jadual 1 kepada Akta.
P.U. (A) 269 5
(2)
Orang yang layak yang disebut dalam subkaedah (1) bukan merupakan orang yang layak di bawah Kaedah-Kaedah ini jika dalam tahun taksiran yang ditentukan yang disebut dalam kaedah 7—
(a)
suatu tuntutan telah dibuat bagi elaun pelaburan semula di bawah